Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina March 19, 2020 @ 1:15pm

COVID-19: Risau Peniaga Ambil Kesempatan, Beto Kusyairi Saran Kerajaan Beri Topeng Muka Dan Hand Sanitizer Percuma

Peningkatan kes melibatkan koronavirus semakin membimbangkan apabila didapati 2 kematian telah berlaku di negara ini. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, didapati 790 kes telah dikenalpasti positif COVID-19 setakat 19 Mac jam 11 pagi hari ini.

Susulan peningkatan wabak yang diisytiharkan pandemik ini, pelakon kacak tanah air iaitu Beto Kusyairy  telah menyarankan kepada kerajaan supaya memberi topeng muka dan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer secara percuma kepada penduduk di kawasan penularan COVID-19 berisiko tinggi.

Saranan dan idea itu ditulis di laman media sosial Twitter milik Beto semalam.

 

Bintang yang popular menerusi drama Juvana itu berkata, kerajaan boleh mengehadkan pemberian topeng muka dan cecair pembasmi kuman di kawasan berisiko tinggi.

“Edarkan barangan ini di terminal bas, kawasan rehat dan rawat (R&R), lebuh raya dan sebagainya.

“Pada masa sama, gerakan penguatkuasaan diperkasa bagi mengawal stok dan harga topeng muka serta cecair pembasmi kuman. Saya tahu ramai mengadu stok barangan ini sukar diperoleh selain harga yang tidak masuk akal,” katanya lagi.

 

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan dan idea dilontarkan oleh aktor ini yang dikatakan mampu mengekang tindakan peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

 

 

 

 

 

 

Apa-apapun, sekali lagi diingatkan supaya setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam. Tindakan kuarantin diri amat digalakkan supaya dapat mengawal diri daripada dijangkiti wabak ini. Xtra careful guys!

Sumber: Twitter Beto Khusyairy

Baca Juga: “Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Baca Juga: “Lafaz Hayya ‘Alassolah Dalam Laungan Azan Di Wilayah Persekutuan Akan Diperlahankan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Aug 2018

Lombok Bergegar Lagi, Rakyat Malaysia Diminta Bertenang

“Kedutaan Besar Malaysia kini mengaktifkan Bilik Operasi dan rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 8138081 3036 (Whatsapp) serta emel [email protected] / [email protected],” kata kenyataan Kedutaan Besar Malaysia.

Hiburan Wed, 25 Jun 2025

“Tak Perlu Samakan Dengan KRU” – Abby Abadi Jawab Isu Harga Tiket Konsert Elite

Abby Abadi tampil bersuara isu tiket konsert Elite mahal

Trending Sat, 12 Jul 2025
Featured Tue, 7 Dec 2021

Geramnya! Tindakan Pemandu 4X4 Langgar Kera Hingga Mati Timbulkan Kemarahan Netizen

Seorang pemandu kenderaan jenis 4X4 berwarna putih dipercayai telah melanggar beberapa ekor kera sehingga ada yang mati di sebuah jalan di kawasan perumahan Taman Majupadu, Kluang, Johor. Kejadian ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik […]

Trending Tue, 2 Jun 2020

[TERKINI] DBKL Beku Lesen Minuman Keras

Harap tindakan ini dapat beri keadilan kepada mangsa yang terlibat

Featured Sat, 23 Aug 2025
Trending Wed, 28 Oct 2020
error: Content is protected !!