Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2025 @ 11:16am

“Kalau Betul Dia Doakan Je Lah Yang Baik-Baik” – Linda Hashim ‘Move On’… Enggan Campur Urusan Beego

“Kalau kehidupan dia memang macam itu, dia punya hal lah. Saya tak nak campur”, itu respons yang diberikan pelakon Linda Hashim susulan tular laporan mengenai seorang pelakon popular berhibur di sebuah kelab malam bersama rakan-rakannya termasuk wanita pada Jumaat.

Kata Linda atau nama lengkapnya, Norhazlina Hashim, dia hanya mengetahui tentang artikel berkenaan selepas menerima mesej daripada kenalannya.

Jelasnya, sekiranya ada pihak  mengaitkan isu tular tersebut dengan suaminya, Beego, maka soalan tersebut harus diajukan kepada empunya badan sendiri.

“Kalau ada yang menyebut nama dia, tanyalah dia kan? Jangan tanya saya.

“Saya perasan juga mengenai posting (artikel) itu selepas ada kenalan yang mesej tetapi kenapa tanya saya (soalan ini)?,” ulasnya.

Dalam pada itu, Linda, 41, menegaskan dia kini sudah ‘move on’ dan enggan mencampuri urusan Beego, namun sekiranya berita tersebut adalah benar, dia menitipkan doa agar suaminya itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Tetapi mengenai berita yang tular itu saya tak nak campur cuma kalau kehidupan dia memang macam itu, dia punya hal lah. Saya tak nak campur.

“Saya pun dah ‘move on’.

“Dan kalau betul itu adalah dia, doakan sajalah yang baik-baik sebab dia pun ada anak-anak,” jelasnya.

Sebelum ini, pihak Harian Metro memaklumkan telah menerima dua buah video memperlihatkan aktor yang sedang berdepan masalah rumah tangga dan sedang melalui proses mahkamah itu gian menari di kelab  malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Bergurau Tak Kena Tempat, Kan Dah Kena Tangkap!

Pemilik nama Yang Kaili atau lebih dikenali sebagai Li Ge telah dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang Lagu Kebangsaan China.

Hiburan Fri, 24 May 2019

Tak Mahu Terkenal Kerana Gosip

Cita-Citata yang pernah diceraikan selepas perkahwinan selama sebulan sahaja memaklumkan tidak berminat terjerumus sebagai artis yang popular kerana gosip cinta.

Hiburan Thu, 25 Apr 2019
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Tue, 21 May 2024

Memukau! Kecantikan Camelia Raih Perhatian, Netizen Komen: “Tengok Je Orang Dah Tau Kaya & Classy”

No wonder lah Camelia pernah tersenarai antara 50 tercantik di dunia😍😍😍

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Was Hailey Bieber Allegedly Throwing Shade At Selena Gomez With “I’ll Kill You” Instagram Story?

Hailey was probably just listening to the wrong song at the wrong time.

Hiburan Sat, 26 Oct 2019
Hiburan Wed, 30 Oct 2019

Kisah Cinta Zul Ariffin Tergugat Angkara Godaan?

Siapa yang cuba gugat kesetiaan?

error: Content is protected !!