Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain March 31, 2023 @ 1:55pm

“Kita Ni Senang Sangat Nak Mengeluh Bila Ditimpa Ujian” – Pesanan Makan Dalam Faizal Tahir Undang Sebak

Penyanyi Faizal Tahir tampil menyentuh hati ramai warganet selepas berkongi pesanan makan berkenaan ujian hidup, baru-baru ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Faizal menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Menurut Faizal, setiap manusia terlalu mudah mengeluh apabila dirinya ditimpa sebarang musibah dalam kehidupan.

“Ujian apa paling berat korang pernah rasa? Teruk sangat ke?,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, penyanyi itu juga sempat menceritakan setiap musibah yang ditimpa oleh para nabi ketika menyebarkan dakwah  kepada kaumnya.

“Kita ni senang sangat nak mengeluh bila ditimpa satu ujian tu. Kadanga-kadang ujian tu sikit je, tetapi dia punya mengeluh tu, Masha Allah. Sebab kita rasa ujian yang diberi kepada kita tu berat sangat.

“Cuba kita ingat-ingat balik ujian-ujian yang menimpa nabi-nabi. Contohnya Nabi Ibrahim di mana Allah meminta Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya sendiri.

“Nabi Luth yang hidup pada satu zaman di mana kaumnya sendiri mengamalkan dan melakukan hubungan sejenis dan juga seks bebas dan ditentang oleh isterinya.

“Nabi Nuh yang dikatakan beramal ibadah, menyebarkan dakwah selama 950 tahun tapi hanya mempunyai lebih kurang 80 orang pengikut. Bukan setakat tu je, ahli keluarga Nabi Nuh sendiri tidak menganut agama Allah yang disampaikan olehnya.

“Dan siapa yang tak tahu apa yang Nabi Muhammad SAW lalui. Yatim piatu dari kecil, dihina, dicaci, dimaki, ditentang oleh bapa saudaranya sendiri, percubaan untuk membunuhnya, begitu banyak. Sedangkan dia hanya menyampaikan agama Allah,” katanya.

Menyedari perkara itu, Faizal turut berpesan bahawa ujian itu sebahagian daripada hidup setiap manusia untuk melaluinya demi mencapai kehidupan yang sempurna.

“Jadi, satu benda yang kita kena selalu ingat ujian ni sebenarnya sebahagian daripada hidup kita. So, ingatlah dunia yang kita hidup ni tak sempurna tapi kehidupan yang sempurna itu ada sedang menunggu kita dengan cara kita dapat menangani segala ujian yang diberikan kepada kita ini dengan cemerlang. Insya Allah.

“Kalau kita rasa ujian yang kita lalui tu berat sangat, ingatlah ada je orang yang ujian dia lebih hebat daripada ujian kita. Pesanan ini terlebih dahulu untuk diri saya sendiri,” jelasnya.

@faizal_tahir Ujian apa paling berat korang pernah rasa? #Santai #inspirasiramadan #fyp #musicontrend ♬ Syahadah – Faizal Tahir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Jul 2018

Authorities Can Track You Down Just for Watching Porn

They might be watching us while we fap :O

Trending Thu, 17 Aug 2023
Trending Tue, 17 Dec 2019
Trending Sat, 28 Apr 2018

Selamat Jalan, Alfie…

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

Filem Wed, 17 Jan 2024

Dituduh Melukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah & Penerbit Filem Mentega Terbang Didakwa Di Mahkamah

‘Kena lapor diri di balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah’ – Timbalan Pendakwa Raya

Eat Travel Fri, 11 Oct 2019
Trending Mon, 9 Dec 2019

CEO Finas Diberi Tekanan Untuk Berhenti?

Ahmad Idham tamatkan kontral awal kerana ditekan.

Featured Mon, 19 Jul 2021

Caprice Tampil Mohon Maaf – “Apa Yang Berlaku Adalah Kesilapan Saya”

Buang yang keruh, ambil yang jernih tak giteww?!

error: Content is protected !!