Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin October 11, 2019 @ 10:55am

Mudahnya masak mac & cheese dengan Prego Makaroni Keju

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Statistik menunjukkan peratusan wanita bekerja pada tahun 2018 ialah 55.2 peratus, meningkat sebanyak 8.4 peratus berbanding 46.8 peratus yang dicatat pada tahun 2010. Kos sara hidup yang semakin tinggi, selain kesedaran terhadap pentingnya untuk wanita menjana pendapatan sendiri pada zaman ini antara faktor yang menyebabkan peningkatan itu.

Antara implikasi daripada peningkatan ini adalah kurangnya masa bagi wanita untuk berada di dapur bagi menyediakan hidangan untuk keluarga. Tidak hairanlah sejak dua dekad kebelakangan ini, semakin banyak program masakan yang berkongsi cara mudah untuk memasak hidangan ringkas, tetapi tetap berkhasiat.

Perubahan itu turut menyaksikan semakin banyak syarikat berasaskan makanan yang menghasilkan produk yang dapat membantu wanita untuk menyediakan hidangan ringkas untuk keluarga. Antaranya Campbell Malaysia melalui jenama Prego, yang terkenal dengan makanan tin khususnya masakan Itali seperti sos tradisional spageti, karbonara dan banyak lagi.

Bari-baru ini, Prego, berkongsi berita gembira dengan memperkenalkan sos baharunya iaitu Prego Sos Pasta Makaroni & Keju. Kini, ibu yang bekerja tidak perlu lagi menghabiskan masa yang lama untuk menyediakan hidangan makaroni dan keju atau mac and cheese, hidangan yang menjadi kegemaran ramai kanak-kanak berikutan sosnya yang berkrim dan enak sekali.

Produk baharu Prego, Sos Pasta Makaroni dan Keju Prego kini di pasaran. Gambar Prego Malaysia.

Pengarah Uurusan Campbell South East Asia Sdn Bhd, May Lim, berkata kebanyakan ibu sering tercari-cari cara mudah untuk menyediakan hidangan yang mengenyangkan, namun senang dimasak buat keluarga tersayang.

“Hal ini kerana mereka tahu bahawa tiada makanan yang dapat menandingi keenakan masakan yang dimasak di rumah. Dengan kesibukan masa  seharian bekerja, mereka pastinya memerlukan untuk memasak masakan yang senang dan cepat, di samping mempunyai rasa yang lazat.

“Oleh itu, kehadiran Prego Sos Pasta Makaroni & Keju ini pastinya memberikan pilihan yang mudah untuk menyediakan hidangan dalam masa singkat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Mac & Cheese digemari ramai kanak-kanak kerana rasa sosnya yang berkrim dan enak. Foto: Prego Malaysia

Mac & Cheese ialah hidangan berasal dari Itali yang menggandingkan pasta, keju dan juga sos putih. Rasa keju yang berkrim menjadi kunci kepada keenakan rasa mac and cheese. 

Lazimnya, hidangan mac & cheese dihidangkan dengan makaroni, namun sos berkenaan boleh juga dipelbagaikan kegunaanya dengan dihidangkan bersama-sama pasta lain seperti spageti, fettucine, penne dan mi.

Cara penyediaan tradisional makaroni dan keju biasanya mengambil masa yang lama untuk disiapkan, namun dengan sos prego terbaharu ini memudahkan proses penyediaan kepada hanya lebih kurang 15 minit tanpa sekali-kali berkompromi keaslian rasa sebenar hidangan berkenaan.

 

Kebanyakan wanita yang bekerja perlu memikirkan bagaimana mereka boleh menghasilkan hidangan kegemaran anak dengan cara lebih mudah dan cepat. Gambar hiasan/Foto: PopSugar

Mengulas lebih lanjut mengenai produk makanan terbaharu syarikatnya itu, May percaya pengalaman panjang syarikatnya dalam industri makanan membuktikan syarikatnya sentiasa berdaya saing dalam menghasilkan produk yang berupaya mengekalkan keaslian sesuatu hidangan.

“Kami percaya cara memasak yang mudah tidak semestinya mengurangkan kualiti atau keenakannya. Hidangan yang menggunakan Sos Pasta Makaroni dan Keju Prego ini akan memberikan kualiti yang sama seperti disediakan secara tradisional.

“Pengguna juga boleh bereksprimentasi dengan masakan mereka kerana Sos Pasta Makaroni dan Keju Prego , sama seperti sos-sos yang dihasilkan sebelum ini adalah cukup versatil untuk dipadankan dengan pelbagai bahan sampingan yang pastinya menawarkan kepelbagaian yang tidak terhad,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Jul 2021

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru. Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Semalam, Ketua […]

Featured Wed, 16 Oct 2024

“Saya Masih Ingat Pesan Ayah Jangan Pernah Curang & Menyakiti Isteri”- Fattah Amin

Ingat, setiap kesalahan Allah SWT akan balas cepat atau lambat je👀🙌

Featured Tue, 8 Jun 2021

“Tak Macam Drama Biasa, Macam Tengok Filem”- Netizen Puji Sinematografi Masih Ada Rindu

Drama Akasia Masih Ada Rindu yang baru sahaja ditayangkan pada 1 Jun lalu kini semakin mendapat perhatian ramai. Keserasian antara dua pelakon utama iaiitu Farid Kamil dan Mimi Lana membuatkan membuatkan para penonton ternanti nanti […]

Featured Mon, 13 Feb 2023

Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka & Bibir Bersebab…

Wow! cucuk tang sana, cucuk tang sini…

Featured Fri, 7 Jan 2022

Penularan Varian Omicron, Lockdown Akan Berkuatkuasa Semula? Ini Jawapan KJ

Pokok pangkalnya, kenalah jaga SOP kalau tak nak lockdown lagi…

Featured Wed, 7 Sep 2022

Isu Peserta Balas Komen Juri, Datuk Ramli MS Tampil Beri Respons – “Bunyi Tak Pernah Menipu, Penyanyi Jangan…”

Legend sudah mari ☺️ Kalau dia salah, kita cakap salah – Datuk Ramli MS

Eat Travel Sun, 10 Mar 2019
error: Content is protected !!