Euforia Bola 2026
Filem By: Maya Basir January 17, 2024 @ 3:06pm

Dituduh Melukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah & Penerbit Filem Mentega Terbang Didakwa Di Mahkamah

Penerbit dan pengarah filem Mentega Terbang didakwa di dua mahkamah majistret, hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain melalui filem berkenaan, tahun lalu.

Namun, tertuduh yang merupakan penulis skrip Mohd Khairianwar Jailani, 32, dan penerbit, Tan Mee Kheng, 37, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim dan Aina Azahra Ariffin.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran orang itu dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang itu dengan berperanan sebagai seorang pengarah dan penulis skrip serta penerbit filem bertajuk Mentega Terbang.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Diamond Regency, Jalan Semarak Api 2 kira-kira jam 12.34 tengahari pada 26 Februari tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Abd Malik Ayob dan Nor Azizah Aling, pihak mereka menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mengenakan perintah larang suara mengenai inti pati kes ini sehingga selesai.

“Selain itu, mereka diminta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Peguam N Surendran yang mewakili kedua-dua tertuduh membantah jaminan ditawarkan dengan menyifatkan ia terlampau tinggi.

“Jumlah RM10,000 diminta pendakwaan terlalu tinggi dan kami membantah larangan ‘gag order’ kerana permohonan tiada asas dalam bidang kuasa mahkamah,” ujarnya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Mohd Khairianwar dibenarkan ikat jamin RM6,000, manakala Tan dijamin RM6,500 dengan masing-masing seorang penjamin selain syarat tambahan kedua-duanya melapor diri di balai polis berdekatan, sekali setiap bulan.

Selain itu, kedua-dua tertuduh juga dilarang memberikan apa-apa kenyataan berkaitan kes.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, platform penstriman Viu menghentikan tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang pada 27 Februari tahun lalu.

Meskipun tidak mempunyai kuasa menapis filem dan drama televisyen kerana tidak berada di bawah bidang kuasanya, SKMM sudah menghubungi Viu sebelum mengesahkan penamatan siaran filem Mentega Terbang.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Apr 2018

平均71岁CS电竞「白发战队」秒电爆鲜肉

谁说游戏只能年轻人玩?瑞典一支平均年龄71岁电竞战队伍「银色狙击手」(Silver Snipers),虽然头发早已苍白、满脸皱纹,但只要坐上电脑前瞬间霸气外泄,立刻震慑敌队的年轻人。

Featured Tue, 28 Jun 2022
Hiburan Fri, 16 Jun 2023

Aktif Dalam Bidang Kemanusiaan, Pendakwah, & Penyanyi Rap Terkenal AS… Ini Fakta Menarik Tentang Suami Mizz Nina, Essam Muhammad!

Wowww bukan calang-calang ek Husband Mizz Nina 🤩🤩 Sangat serasi dan saling melengkapi

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Featured Wed, 11 May 2022
Trending Wed, 3 Apr 2019

Misteri Kehilangan Acap, Dipercayai Disorok Makhluk Ghaib Di Gua

Sesetengah natizen yang dipercayai mempunyai “ilmu” memberitahu lokasi Acap dan sebab mengapa lelaki itu hilang.

error: Content is protected !!