Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 28, 2022 @ 10:30pm

[VIDEO] Dikejar Penunggang Motosikal Lagak Samseng, Nazrief Nazri Diberi Isyarat Lucah -“Saya Malas Nak Layan”

Pelakon Nazrief Nazri memuat naik sebuah video yang dirakam oleh isterinya ketika berhadapan dengan penunggang motosikal yang berlagak samseng di atas jalan raya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada Isnin dimana ketika itu dia membawa isteri dan anaknya keluar untuk bersiar-siar.

Tambah, penunggang motosikal yang merupakan sepasang suami isteri itu turut memberi isyarat lucah kepada Nazrief apabila dia memberi hon meminta mereka untuk bergerak kerana lampu isyarat telah bertukar hijau.

“Ceritanya petang semalam nak bawak anak isteri berjalan dekat taman, time dekat traffic light, bila lampu dah hijau , ada satu couple ni bersembang atas motor sampai tak perasan lampu dah lama hijau.

“So saya hon kereta sekali sebagai isyarat suruh dia jalan tapi isteri dia boleh buat muka sambil mengomel marah-marah sebab saya hon.

“Jadi saya hon kali kedua sambil angkat tangan sebagai isyarat supaya dia lebih hati-hati sewaktu naik motor dan meminta maaf,” kongsinya.

Namun, salah faham tersebut tidak habis disitu apabila penunggang tersebut mengejar kereta Nazrief sehingga dia mengambil keputusan meminta isterinya untuk merakam insiden tersebut sebagai langkah keselamatan.

“Agaknya lelaki itu tidak puas hati sangat sebab saya hon kali kedua dia kejar kereta saya sambil jerit-jerit dan tunjuk isyarat tangan F*ck.

“Saya malas nak layan dan teruskan perjalanan macam biasa tetapi lelaki itu masih follow kereta kami.

“Masa ini lah saya suruh isteri keluarkan phone sebagai langkah keselamatan sebab Noah tengah tidur dekat seat belakang. Sampai satu traffic light merah, lelaki itu ketuk cermin kereta saya marah-marah tidak puas hati,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, Nazrief mengambil keputusan dengan memohon maaf kepada penunggang tersebut kerana enggan memanjangkan cerita.

“Memikirkan niat nak bawa anak bini berjalan dekat taman, saya rendahkan ego saya dan mintak maaf supaya taknak keruhkan keadaan tapi lelaki itu tidak puas hati sebab dia nampak wife tengah rakam dan mintak jangan viral ( tau pulak takut, ingatkan samseng sangat sampai nak tunjuk F*ck semua🙄),” luahnya.

Sehubungan itu, Nazrief turut memaklumkan dia membuat hantaran sebegitu kerana ingin menghentikan sikap biadap di atas jalan raya dan menasihati untuk berbincang dengan baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PANIK HINGGA KURUS DIBUATNYA

Masalah panik yang dialami Haiza memerlukannya rujukan daripada doktor pakar

Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Thu, 6 Apr 2023
Trending Fri, 5 Jul 2019

Adam Temui Ajal Digilis Bas Sekolah, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?

Wan Mohammed Adam maut akibat terjatuh dari bas, siapa yang harus dipersalahkan?

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

‘Kami Rasa Lebih Selamat’- NAMA

Kumpulan NAMA yang mencipta fenomena tersendiri selepas menjadi pilihan juri pada Asia’s Got Talent (AGT) lalu rasa lebih ‘selamat’ apabila masyarakat lebih mengenali NAMA berbanding secara individu. “Orang hanya kenal NAMA tapi bukan individu, kalau […]

Hiburan Mon, 17 Mar 2025
Hiburan Wed, 21 Feb 2018

FROM COMEDIAN TO IDOL? WHAT DOES KANG HO DONG HAVE IN MIND?

Famous South Korean comedian, Kang Ho Dong has expressed his plans to become an idol!

error: Content is protected !!