Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 16, 2023 @ 2:26pm

Aktif Dalam Bidang Kemanusiaan, Pendakwah, & Penyanyi Rap Terkenal AS… Ini Fakta Menarik Tentang Suami Mizz Nina, Essam Muhammad!

Nama penyanyi Mizz Nina hangat menjadi perbualan di seluruh pelusuk media sosial selepas memaklumkan telah berkahwin kali kedua bersama seorang jejaka warganegara Amerika Syarikat, Essam Muhammad.

Susulan itu, ramai peminat Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tertanya-tanya mengenai identiti sebenar  suami tersayangnya, Essam yang dipercayai telah melangsungkan pernikahan merkea di luar negara.

Memetik laporan mStar, Essam menetap di daerah Seattle serta berketurunan Maghribi, Essam juga sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan… begitu juga dengan Mizz Nina!

Difahamkan Essam merupakan seorang penyanyi rap dan penulis lirik yang memulakan kariernya pada 2016 menerusi video berjudul West Is My Home.

Sejak kemunculannya dalam industri seni, Essam sering mendapat jemputan untuk membuat persembahan di negara seperti Afrika Selatan, United Kingdom, Switzerland dan Malaysia.

Essam banyak menyelit unsur-unsur dakwah dan mengetengahkan isu kemasyarakatan dalam lagu-lagu hasil ciptaannya sebagai seorang penyanyi serta pernah melancarkan dua buah album berjudul 12.12 dan Chapter20six.

Bukan sahaja aktif dalma bidang nyanyian, Essam juga muncul dalam sebagai pelakon dalam filem berjudul Purple Don’t Cry.

Semalam, Mizz Nina mengumukan telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Essam dan bakal mengadakan majlis resepsi tertutup di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Saling Melengkapi, Mizz Nina Sah Berkahwin Dengan Penyanyi Rap – “Kami Dedikasi Hidup Untuk Dakwah”

Sebelum ini, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun berpisah pada Ogos tahun lalu.

Mereka mempunyai seorang anak angkat bernama, Musa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Kurang Dikenali Di Malaysia, Yura Pasang Strategi!

Nama penyanyi Yura Yunita mungkin tidak sekuat nama penyanyi Indonesia lain seperti Kris Dayanti atau Rossa di sini. Namun ia tidak menjadikan masalah buat pelantun yang mula dikenali menerusi lagu Cinta dan Rahasia ini untuk […]

Hiburan Tue, 21 May 2019

‘Kacak, Cantik Bukan Tiket Jadi Chef Selebriti’- Chef Wan Kecewa Dengan Chef Selebriti Otak Kosong?

Yang ada niat nak jadi chef selebriti, dengar apa Datuk Chef Wan pesan…

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Terima Kasih, Abang Nam Ron!

Saya akui sebagai pelakon baharu, agak susah untuk menjiwai sesebuah watak.

Trending Wed, 26 Dec 2018

‘Temberang’ Ayda Jebat Menjadi Nyanyian Di Bibir Netizen

Temberang berjaya mendapat 1.2 juta tontonan di Youtube dalam masa 4 hari.

Hiburan Tue, 6 Sep 2022
Kisah Viral Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Fri, 4 May 2018

Minat Seni Khat, Datuk Aaron Aziz Lancar Kempen ‘Journey To Insyirah’

Saya rasa kempen ini lebih dekat dengan jiwa saya…

Featured Thu, 25 May 2023
error: Content is protected !!