Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 12, 2025 @ 6:31pm

4U2C Hargai Permohonan Maaf Ajai – “Kami Ingin Mengucapkan Terima Kasih, Kita Pun Tak Pernah Terasa”

Selebriti versatil, Datuk AC Mizal yang mewakili anggota kumpulan 4U2C menzahirkan penghargaan atas permohonan maaf yang dibuat oleh komposer Ajai, sekali gus menyifatkan isu tersebut telah pun diselesaikan dengan baik.

Menurut AC, permohonan maaf itu bukan diminta untuk dirinya secara peribadi, tetapi demi memperbetulkan kekeliruan yang timbul dalam kalangan peminat yang mungkin tersalah tafsir kenyataan asal Ajai.

“Bila Ajai mohon maaf, kami, 4U2C ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya kami dahulu satu syarikat. Saya baik dengan Ajai dan dua buah lagu daripada konsert ini adalah lagu dia iaitu Kembalilah Fiona dan Dusta.

“Hanya minta mohon minta maaf pada 4U2C, bukan kepada saya, sebab masalahnya adalah apa yang diperkatakan itu menjadikan orang tidak faham dengan situasi sebenarnya.

“Apabila Ajai mohon maaf, kami ingin mengucapkan terima kasih. Kita pun tak pernah terasa apa-apa. Kami pun sibuk dengan aktiviti, hanya nak jernihkan keadaan supaya orang di luar sana faham,” jelas AC kepada XTRA.

AC dan anggota 4U2C lain ditemui pada majlis doa selamat di Masjid Bukit Indah, Ampang, malam tadi.

Majlis terbabit diadakan bersempena konsert WE 4U2C Live In Concert yang akan berlangsung pada 15 September nanti.

@xtra_my Suasana sekitar majlis doa selamat kumpulan 4U2C. Ia diadakan bersempena konsert mereka yang bakal berlangsung 15 September depan, semoga dipermudahkan 🤲🏻❤️ #xtramy #xtratonton #xtra #viral #beritaterkini #malaysia #makcikbawang #trending #news #4u2c ♬ Beautiful Islamic – Ibnusta

Tambah AC lagi, walaupun pada awalnya kenyataan tersebut mengundang salah faham hingga ada pihak mendoakan perkara buruk, 4U2C tidak menyimpan sebarang dendam dan hanya mahu menjernihkan keadaan.

“Sebab ramai yang mendoakan benda-benda buruk untuk kami oleh kerana konten atau komen yang diberikan itu, menyebabkan timbulnya fitnah, salah sangka dan sebagainya,” katanya.

AC turut menjelaskan mereka belum berpeluang bertemu Ajai secara peribadi kerana masing-masing sedang sibuk membuat persiapan konsert, namun tetap menegaskan hubungan mereka kekal baik dan tiada sebarang isu peribadi.

“Saya juga belum berkesempatan untuk bertemu dengan Ajai kerana dia juga mungkin sibuk membuat persiapan untuk konsert Exists. Kami tidak ada masalah.

“Saya bercakap tentang perkara itu atas pihak 4U2C, nak membetulkan keadaan, kenyataan dan sebagainya. Bila kenyataan itu sudah diperbetulkan, syukur alhamdulillah, sebab kita tidak mahu lagi timbul fitnah-fitnah yang tidak betul,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Mohon Maaf Isu Konsert 4U2C – “Saya Harap Perkara Ini Dapat Diselesaikan Cara Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: 4U2C Tuntut Permohonan Maaf 24 Jam, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Isu Hak Cipta – “Kenapa Agresif Sangat Nak Hentam, Tutup Periuk Nasi Kami”

AC turut meluahkan rasa lega kerana segala kekeliruan telah dileraikan dengan baik dan berharap semua pihak memahami situasi sebenar.

“Tapi terjadinya perkara itu pun bagus juga, sekurang-kurangnya satu Malaysia, satu industri tahu keadaan sebenarnya macam mana. Tapi kami sangat gembira dan terima kasih sekali lagi Ajai, no hard feelings, tiada sakit hati,” katanya.

Sebelum ini, tular reaksi AC terhadap kenyataan Ajai mengenai isu hak cipta lagu yang akan dipersembahkan pada konsert 4U2C, sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Sep 2024

[VIDEO] Nama Yuna Pernah Disenarai Hitam Di Kanada

Fuhhhh, jangan main main ek kena senarai hitam

Trending Thu, 27 May 2021
Trending Sat, 31 Jul 2021

Apa Kesudahan Drama Ayahanda? Jangan Lupa Saksikan Episod Akhir Malam Ini!

Drama Ayahanda mendapat perhatian ramai semenjak ia mula bersiaran dan menemui penonton pada 10 Julai lalu. Selain memaparkan jalan cerita yang tidak klise, aksi pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, […]

Trending Thu, 3 May 2018

5 Tips Jangan Biarkan Haiwan Comel Ini Kurang Kasih Sayang!

Kajian berjaya membuktikan bahawa kucing yang dibela di rumah mampu hidup 4 tahun lebih lama daripada kucing yang dibiarkan di jalanan. Namun, kes pembuangan kucing saban hari, makin meningkat. Mengapa perkara ini terjadi? Maka, kami kongsikan 5 tips untuk memelihara haiwan comel ini.

Trending Mon, 7 Dec 2020
Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Trending Mon, 28 May 2018

Cayalah! ‘Spiderman’ Benar Wujud Di Kota Paris

Sementara itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam kenyataan di Twitter telah menghubungi dan memberi penghargaan kepada Mamoudou Gassama.

error: Content is protected !!