Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 2, 2022 @ 4:41pm

“25 Tahun Saya Rehearsal Momen Ni” – Alif Satar & The Locos Sebak Berkolaborasi Semula Bersama Raihan, Sampai Terpaksa..

Kembali berkolaborasi dengan kumpulan nasyid terkenal negara, Raihan, selebriti versatil Alif Satar mendedahkan terpaksa meminta pihak produksi untuk berhenti untuk merakam lagu-lagu nyanyian semula ketika sesi rakaman berlangsung kerana terlalu sebak.

Alif, 31, mendedahkan dia mula mengenali Raihan seawal usia tujuh tahun dan aterimbau kembali segala kenangan manis bersama ibunya, yang memperkenalkannya kepada kumpulan nasyid tersebut.

“Lagu-lagu Raihan membuatkan saya sentiasa terkenang zaman kanak-kanak dahulu. Ketika saya ikut ibu bapa untuk tinggal di luar negara hanya ada dua CD lagu yang dibawa dan salah satunya adalah album Raihan.

“Lagu-lagu mereka ada aura tersendiri dan alunan muzik yang boleh menyentuh jiwa pendengar.

“Saya rasa sangat sebak ketika merakamkan semula lagu mereka sehingga minta produksi untuk berhenti seketika kerana tidak boleh menahan emosi.

“Sebenarnya, Alif dah rehearsal momen ni dengan Raihan sejak umur Alif 7 tahun dan 25 tahun selepas itu, impian Alif untuk bekerjasama dengan Raihan tercapai. Jadi pada Alif momen sebegini sangat menyentuh jiwa Alif,” ujarnya.

Apabila disoal mengenai persepsi pendengar yang kemungkinan bakal membandingkan suara vokal Alif dengan penyanyi lagu asli, pelantun lagu Cukup Indah itu seolah menyifatkan mereka berhak untuk membuat perkara sedemikian.

“Macam mana saya nak bandingkan dengan penyanyi asli lagu-lagu raihan, sesiapa pun penyanyi tersebut kita tak boleh melawan penyanyi asli.

“Saya tak pernah rasa versi saya lebih menarik, malah saya berasa sangat bangga kerana sekurangnya mereka yang membandingkan itu sedar ada dua versi untuk lagu-lagu Raihan,” luahnya.

Tambahan pula, Alif turut mengakui dia berasa bangga apabila diberi peluang keemasan ini untuk berganding semula dengan Raihan, selepas nyanyian duet Sesungguhnya pada 2019 berjaya menarik hati pendengar.

“Saya gembira dapat bekerjasama dengan mereka. Sekurang-kurangnya ada sedikit saham akhirat apabila peminat menonton rakaman semula lagu-lagu ini di masa akan datang.

 

“Bagaikan sudah menjadi rutin pula saya berkolaborasi dengan Raihan apabila menyambut Ramadan sehingga ada peminat dan stesen radio yang sudah bertanya awal tentang kerjasama kami tahun ini.

“Saya harapkan dengan pelancaran lagu nyanyian semula ini sedikit sebanyak dapat menyentuh hati para pendengar,” luahnya lagi.

Sementara itu, sebagai seorang penyanyi Alif banyak membuat persembahan dengan selebriti tanah air kita, namun menurutnya hanya ada dua penyanyi yang berjaya membuat dirinya rasa sangat gemuruh.

“Saya dah biasa membuat persembahan dengan rakan selebriti yang lain namun hanya ada dua penyanyi sahaja yang akan buat saya rasa gementar, iaitu Siti Nurhaliza dan Raihan.

“Raihan muncul dalam industri seni dahulu dengan aura yang berbeza dan mereka telah menjadi ikon nasyid di Malaysia.

“Sebelum Alif akan menyanyi bersama dua lagenda ini, Alif akan pastikan untuk berikan yang terbaik,” katanya pada sidang media Alif Satar & The Locos X Raihan, The Sunnah The Better di Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Bertemakan The Sunnah The Better, lima buah lagu hits terbaik Raihan dirakam bersama Alif Satar & The Locos iaitu Bismillah, 25 Rasul, Assolatuwassalamm, Rayuan Rindu serta medley Puji-Pujian & Syukur.

Kesemua lagu ini akan dimuat naik di saluran YouTube Alif Satar secara berperingkat pada jam 5 pagi iaitu pada waktu sahur menjelang bulan Ramadan bermula 3 April ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Happy Birthday Ney Ney! Ini Ucapan Sweet Nora Danish Buat Anaknya

Selalu min pun terhibur bila Nora dan Bossned usik Ney Ney

Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Jenuh Nak Menjawab Di Akhirat Nanti… Idzham Ismail Tolak ‘Job’ Promosi Judi Walaupun Bayaran Mahal

“Saya sentiasa pegang prinsip dan tanggungjawab” – Idzham Ismail

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Bukan Tujukan Sesiapa” – Kaka Azraff Perjelas Perkongsian Threads, Mahu Buka Ruang Kesedaran

Kaka menegaskan kepentingan kesedaran dalam membantu seseorang memahami dan menghadapi sesuatu situasi dengan lebih baik.

Trending Wed, 24 Jan 2018

阿伯鼻插氧气管硬要抽烟「一秒变包公」

来自中国武汉市58岁的陈大伯是一名烟不离手的“老烟枪”,1月初突然感到呼吸困难,被送到武汉市肺科医院进行住院治疗。日前这位大伯还是改不掉这个习惯,趁病房无人偷吸烟,结果引燃氧气管,烧伤了面部。

Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Netizen Ucap Tahniah Buat Umisya Mazlan, Harap Aslam Lebih Menghargai Isteri – “Menang Tanpa Bertanding”

Netizen membanjiri hantaran Umisya Mazlan dengan ucapan tahniah serta meluahkan rasa kagum terhadapnya atas kesabarannya menempuh ujian rumah tangga

Hiburan Wed, 15 Oct 2025

Putera Mateen Umum Khabar Gembira, Dayang Anisha Rosnah Kini Hamil Anak Pertama

Putera Mateen. Dayang Anisha bakal timang anak pertama

error: Content is protected !!