Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 25, 2025 @ 6:25pm

Teruskan Tradisi Berkongsi Rezeki, Amal Kebajikan Setiap Ramadan.. A Aida Pegang Pesanan Arwah Ayah: “Sedekah Itu Ubat Segala Penyakit”

Setiap kali tiba bulan Ramadan, penerbit terkenal Datuk A Aida tidak pernah lupa meraikan staf syarikat produksinya, A Aida Productions, serta rakan-rakan terdekat melalui majlis berbuka puasa.

Sudah menjadi tradisi bertahun lamanya, pemilik nama sebenar Zaidah Awang ini menjelaskan yang majlis terbabit bukan sekadar satu acara tahunan, tetapi juga satu bentuk penghargaan kepada pekerja yang telah banyak berkorban tenaga dalam menjayakan pelbagai projek syarikatnya.

“Setiap Ramadan, saya wajib mengadakan acara untuk meraikan staf dan rakan-rakan baik, termasuk beberapa rumah anak yatim. Ini adalah salah satu cara saya berkongsi rezeki, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya,” katanya.

A Aida turut berkongsi nilai bersedekah sudah lama diterapkan dalam hidupnya, hasil didikan bapanya.

“Saya amalkan pesanan arwah ayah saya iaitu bersedekah. Saya masih ingat kata-kata ayah saya, sedekah itu ubat segala penyakit. Jadi, saya pegang prinsip itu dan teruskan dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Selain menganjurkan majlis berbuka puasa, A Aida juga terlibat dalam pelbagai aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan.

Antaranya, program jelajah masjid di sekitar Lembah Klang serta kolaborasi dengan badan kerajaan bagi aktiviti pengagihan bubur lambuk kepada masyarakat.

“Sebenarnya ada banyak aktiviti yang saya lakukan sempena bulan Ramadan dan ada beberapa program yang turut mendapat perhatian rakan-rakan media. Saya berharap dapat meneruskan program berkongsi rezeki dalam memberi manfaat kepada orang ramai,” tambahnya.

Usaha murni ini membuktikan komitmen A Aida bukan sahaja dalam dunia seni, tetapi juga dalam membantu mereka yang memerlukan, sekaligus menjadikan Ramadan sebagai bulan penuh keberkatan dan kasih sayang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 1 Nov 2019

Rakyat Singapura Takut Lipas Lagi Daripada Mati

Lain orang lain takutnya bukan ?

Trending Wed, 4 Apr 2018

Ayam ‘Crispy’ Kena Perli?

“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!” menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.

Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Trending Thu, 15 Jan 2026

Belajar Mandarin Sambil Rebut Hadiah Tunai, Tonton Perkenal Kempen ‘Tonton Ajar Mandarin’

Tonton memperkenalkan kempen baharu Tonton Ajar Mandarin, satu inisiatif yang menggabungkan hiburan dan pembelajaran bahasa dalam pengalaman yang lebih interaktif untuk pengguna.

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Jua Selepas…

Kenapa Tok Ti sebak tiba-tiba?

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Gambar Kemalangan Tular, Isteri Saleem Sahkan Kejadian Adalah Benar!

Keadaan Saleem stabil dan tidaklah seteruk yang diberitahu. Doakan agar Saleem segera sembuh dan saya anggap kejadian yang berlaku ini adalah ujian Allah SWT.

Events Wed, 11 Jun 2025
error: Content is protected !!