Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 9, 2018 @ 3:00pm

Jom Enjoy Sambil Beriadah Di Taman Aktiviti Indoor SuperPark KL Musim Cuti Sekolah Ini!

Yahoo! Cuti sekolah hujung tahun dah nak dekat! Inilah masa yang paling sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga!

Jika anda masih belum ada perancangan, di Malaysia kini ada tarikan baru untuk anda berbuat demikian.

Taman aktiviti indoor dari Finland, SuperPark, akan dibawakan ke negara kita dan akan dibuka untuk orang ramai mulai Disember ini! Yay!

Dengan pelbagai tarikan istimewa yang menanti pengunjung, gerenti anda takkan rasa bosan kerana terdapat lebih daripada 20 aktiviti yang menyeronokkan, menyihatkan dan menyegarkan di bawah satu bumbung.

Ini bermakna semua pengunjung, tak kira umur ataupun tahap kecergasan, boleh enjoy, gelak ketawa dan bersuka ria di SuperPark ini.

Bagi anda yang tak tahu, taman yang popular ini mempunyai 18 “cawangan” di seluruh dunia termasuklah di Hong Kong, Singapura dan kini di Malaysia.

Idea untuk membuka taman seperti ini datang daripada pengasasnya, seorang ahli perniagaan daripada Finland, Taneli Sutinen.

Ketika itu dia sedang bermain dengan anaknya yang berumur 4 tahun di sebuah playground. Dia rasa kekok untuk bermain dengan kemudahan permainan yang dibuat khas untuk kanak-kanak.

Jadi dia membuat keputusan untuk mencipta sebuah “taman permainan” yang bukan saja kanak-kanak tapi orang dewasa pun boleh enjoy. Bagus, kan, idea ini?

Merangkumi ruang sebesar 40,000 kaki persegi, SuperPark yang terletak di Avenue K, Kuala Lumpur ini terbahagi kepada 3 kawasan bertema yang menawarkan 20 jenis aktiviti untuk anda cuba.

1. Adventure Area

  • iWall (permainan parkour interaktif)
  • Flying Fox
  • Tube Slide
  • Kid’s Gym
  • Kid’s Adventure City
  • Pedal Car Track  

2. Game Arena

  • Baseball
  • Street Basketball
  • RoboKeeper

3. Freestyle Hall

  • SuperClimb
  • Ninja Track (macam dalam rancangan Ninja Warrior!)
  • Skate and Scoot World
  • Trampoline Platform
  • Augmented Climbing Wall

Satu lagi tarikan menarik adalah gelanggang luncur ais yang berkeluasan 2,500 kaki persegi dan eksklusif untuk SuperPark di Malaysia.

Ia juga mesra alam kerana ia diperbuat 100% daripada ais sintetik tiruan yang dikitar semula dan bebas toksik.

Sama saja macam ice skating rink biasa tapi kalau anda terjatuh, anda takkan tergelincir apabila anda berjalan di atasnya kerana tiada air di atas ais sintetik. Wah, canggihnya!

Walaupun aktiviti-aktiviti di atas berbunyi ngeri, anda akan dikelilingi oleh staf yang berpengalaman, malah ramai daripada mereka adalah coach yang bertauliah.

Bukan itu saja! Premis SuperPark betul-betul dilindungi daripada hujan, gangguan ulat dan serangga serta pencemaran. Tak kiralah hujan atau panas, tiada apa yang boleh halang anda daripada berseronok!

Lokasi: Avenue K, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 9 pagi – 9 malam 

Harga tiket: RM30 – RM70 (rujuk kepada jadual di bawah)

Nota: Harga tiket ini termasuk penggunaan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti di taman ini (seperti helmet, skateboard, scooter, kayu baseball dan bola). Tapi anda akan perlu bayar harga asing untuk stokin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasminya di www.superpark.com.my. Sambil itu, jom mula buat perancangan untuk cuti sekolah ini!

Sumber: World Of Buzz

Kredit Foto: SuperPark

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 6 Nov 2022
Featured Sat, 21 Jan 2023
Featured Sat, 17 Dec 2022
Featured Tue, 20 Jan 2026

“Suara Perempuan Bukan Aurat, Fight Me!”- Ika Nabella Bukan Ajak Bergaduh Tapi Mahu Hujah

Ika juga tampil mengulas dengan lebih lanjut mengenai penggunaan frasa ‘Fight Me’ yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Featured Mon, 9 Jan 2023

Raih 1.3 Juta Penonton Dalam Sebulan, Aruma ‘Muak’ Dengan Kata-Kata Manis & Janji Palsu

Siapa yang pernah dikecewakan mesti boleh relate dengan lagu ni

Featured Mon, 16 Dec 2024

“Dia Berangan & Tindakan Itu Memualkan”- Diana Danielle

Diana berkat aini adalah masa yang sesuai untuk Farid melepaskannya.

Featured Wed, 23 Apr 2025

“Adik, Jom Balik! Lama Dah Awak Duduk Dalam Wad” – Belum Sebulan Dilahirkan, Anak Kedua Ain Edruce Alami Jangkitan RSV

Ain sedih melihat anak kecilnya itu yang dilahirkan tidak sampai sebulan namun perlu menjalani rawatan akibat jangkitan tersebut.

error: Content is protected !!