Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 24, 2020 @ 2:00pm

Panduan solat tarawih untuk imam amatur, tidak pernah berjemaah dengan keluarga

Alhamdulillah, berlalu solat tarawih yang pertama semalam.

Apa macam suami-suami sekalian, lancar ke tidak ibadah tarawih bersama isteri dan anak-anak, ada bacaan surah yang sangkut tak?

Sedikitpun tidak berniat untuk memperlekeh kemampuan lelaki bergelar suami memimpin solat jemaah, tetapi realitinya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi satu pengalaman baharu kepada segelintir masyarakat.

Masakan tidak, biasanya lelaki mahupun perempuan memilih untuk menunaikan solat tarawih di masjid, namun disebabkan PKP, mahu tidak mahu terpaksalah melakukannya di rumah.

Kata Ustaz Khairul Anuar Basri, tahun 2020 mencatatkan rekod dunia dengan jumlah paling ramai imam dalam sejarah berikutan masjid dan surau ditutup sepanjang PKP.

Mungkin hal ini tidak menjadi masalah jika seseorang itu melakukan ibadah ini secara sendirian, namun bagi lelaki yang sudah berkeluarga terutama punya anak yang sedang membesar tentulah ayah yang perlu memimpin solat berjemaah. Barulah tampak hebat depan mata anak-anak!.

“Kalau suami kami itu ustaz atau hafaz Quran, mudah cerita kerana sudah sebati dengan mereka. Kalau ada anak-anak yang hafaz Quran pun kira lulus. Sebabnya bapa yang tak berkemampuan boleh tolak anak tu jadi imam.

“Yang harunya kalau si bapa baru pertama kali hendak jadi imam tarawih, mahu ada yang cabut lari tengah sujud kan? Angkat saja kepala, aik.. tok imam dah hilang!,” katanya.

Foto hiasan: Says

Sebagai panduan Ustaz Khairul berkongsi tip dan cara yang paling asas menunaikan tarawih secara berjemaah di rumah bagi imam amatur.

Hadamkan ini dulu…

1. Solat tarawih ini mesti dilakukan lepas solat Isyak tau. Jangan mengigau pula tarawih sebelum Isyak. Mulakan dulu solat Isyak berjemaah bersama-sama dengan ahli keluarga.

2. Selesai solat Isyak, boleh kalau nak berdoa dulu dan solat dua rakaat selepas Isyak. Jika tidak buat itu semua itu, terus bangun untuk solat tarawih pun boleh.

3. Ambil bilangan rakaat paling minimum iaitu lapan rakaat. Solat dua rakaat bagi setiap set.

4. Sebelum mula solat tarawih, pusing belakang mengadap makmum. Cakap biar jelas; “Sekarang kita nak solat solat tarawih. Bersiap sedia ya semua!”

Tatacara solat tawarih paling ringkas bagi iman amatur.

1. Lafaz niat solat tarawih ialah; “Sahaja aku solat tarawih dua rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala”. Allahuakbar!

2. Solat dua rakaat macam biasa. Sesudah cukup dua rakaat, bagi salam. Selepas itu naik lagi untuk solat dua rakaat lagi. Lepas cukup dua rakaat, bagi salam. Dah empat rakaat bukan?

Lepas selesai empat rakaat, ambil masa sikit untuk rehat. Ketika itu, anda juga boleh membetulkan urat saraf yang mana sakit-sakit atau lenguh-lenguh. Tetapi jangan lama-lama pula!

3. Kemudian sambung lagi dua rakaat. Kemudian lengkapkan lagi dua rakaat. Cukuplah semua sekali lapan rakaat.

Ini asas yang anda perlu tahu. Buat seperti yang ditulis ini, Insya-Allah selesai dan sah solat tarawih secara berjemaah.

Mudahkan?

Surah cadangan untuk dibaca

“Saya ingin berikan sedikit panduan atau tip supaya solat tarawih tu jadi cantik. Tak adalah kering garing tanpa perisa.

“Sebab solat tarawih ini lapan rakaat, suka saya cadangkan surah-surah berikut untuk dibaca selepas Surah al-Fatihah pada setiap rakaat.

“Apabila imam nak rukuk terus lepas habis bacaan Al-Fatihah. Tak ada masalah solat sah juga sebenarnya. Tapi pelik sangat pula kan?

“Jadual yang sama ini, boleh diulang pada pada setiap malam,” katanya.

Cadangan surah

Rakaat,

Pertama – Surah Al-Mā’ūn (أرءيت الذي يكذب بالدين)
Kedua – Surah Al-Kautsar (إنا أعطينا كالكوثر)
Ketiga – Surah Al-Kāfirūn (قل يأيها الكافرون)
Keempat – Surah An-Nasr (إذا جاء نصر الله والفتح)
Kelima – Surah Al-Masad (تبت يدا أبي لهب وتب)
Keenam – Surah Al-Ikhlās (قل هو الله أحد)
Ketujuh – Surah Al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق)
Kelapan – Surah An-Nās (قل أعوذ برب الناس)

Boleh atau tidak membaca surah-surah yang lain?

Boleh dan tidak menjadi masalah sama sekali. Bacalah mana-mana surah yang mudah untuk dihafal imam itu. Jika hendak membaca surah yang sama pada setiap rakaat juga tiada larangan.

Selamat beramal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Mar 2022
Hiburan Sun, 2 Nov 2025
Featured Sun, 13 Aug 2023
Featured Sun, 19 Dec 2021

“Ni Betul-Betul Penghibur Legenda” – Gelagat Zaiton Sameon Nyanyi Di Tengah Banjir Hiburkan Netizen

Sebuah video menampilkan penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang sedang menyanyi di atas sebuah rakit ketika banjir tular di aplikasi TikTok. Video Zaiton menyanyikan lagu popularnya berjudul Kabut Serangkai Mawar ketika duduk di atas rakit buatan […]

Featured Thu, 20 Oct 2022
Featured Tue, 6 Dec 2022

Netizen Teringin Nak Lihat Penampilan Berhijab… Uqasha Senrose Terima Teguran, Mohon Doa

Pelakon jelita, Uqasha Senrose menerima teguran netizen yang teringin untuk melihatnya berhijab. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Uqasha memuat naik foto lama dan turut memuji rambutnya yang dahulu berwarna hitam serta lebat. “Hahaha abang @ridzokumura !! […]

Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

Trending Sat, 10 Jul 2021

Hilang 2 Ahli Kumpulan Dalam Masa Setahun, Outbreak Tak Patah Semangat

Kumpulan Outbreak tak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang muzik meskipun mereka hilang dua anggota dalam masa setahun. Kini dianggotai oleh tiga jejaka, Hakeem Zamall, 23, Shakirin Shah, 21, dan Allif Firdaus, 21, Outbreak […]

error: Content is protected !!