Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 8, 2022 @ 1:28pm

Sebak! Nora Ariffin Dedah Permintaan Arwah Anak Sewaktu Masuk Belajar

Penyanyi Datuk Nora Ariffin tampil mendedahkan permintaan arwah anaknya, Mohd Syakir Alif Johan sewaktu mendaftarkan diri untuk belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana.

Menurut Nora, arwah anaknya pernah berpesan kepadanya untuk menghadiri majlis konvokesyennya selepas tamat pengajian di peringkat Diploma nanti.

Malah, arwah turut berpesan yang ibunya perlu membawa jambakan bunga ketika majlis tersebut berlangsung.

“Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UiTM kerana masih ingin mengiktirafkan lagi kejayaan anak kita walaupun dia dah tiada.

“Sebenarnya, sepanjang saya berjalan tu saya bayangkan anak saya berada di sebelah saya. Alif ni memang rapat sangat dengan saya , masa hari pertama dia di sana nak daftar di UiTM tu kebetulan kita lalu kita tengok suasana konvo.

“Jadi dia dah cakap dah kepada saya untuk hadir di majlis konvokesyennya apabila dia dah habis diploma. Dia nak saya belikan bunga yang ada teddy bear dan dia kata dia nak juga saya buat benda tu dan dia sempat cakap dia taknak buang masanya untuk terus sambung degree,” katanya.

Pendedahan tersebut telah dikongsikan oleh Nora ketika ditemu bual di sebuah program televisyen berbayar, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Alif…This Is For You” – Sebak! Luah Rasa Bangga & Gembira, Nora Ariffin ‘Ganti’ Arwah Anak Terima Anugerah Akademik Secara Aegrotat

Genap tahun pemergian anaknya, Nora menyifatkan Alif merupakan anak yang paling rapat dengannya selepas suaminya, Johan Nawawi meninggal dunia.

Malah, Alif juga merupakan pembangkit semangatnya untuk teruskan hidup dan kerjayanya sebagai seorang penyanyi disaat dia ingin berhenti menjadi penghibur industri muzik tanah air.

“Arwah sangat rapat dengan saya. Selepas arwah suami saya meninggal, dia yang menggantikan tempat Johan dia banyak menolong saya. Sebenarnya selepas suami saya meninggal tu saya taknak menyanyi dah tapi dia yang banyak beri semangat kepada saya.

“Sepanjang di belajar di UiTM, setiap malam dia telefon saya. Kadang-kadang bila takda kelas pun dia tanya minta saya ambilnya untuk pergi jalan-jalan. Dalam pukul 12.30 malam tu juga saya pergi sebab anak punya pasal.

“Mungkin anak-anak lain tak pernah tahu, tapi arwah setiap hari bertanyakan kepada saya sama ada saya okay atau pun tidak. Bila dia tiada, saya tiada yang macam tu,” jelasnya.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi itu juga sempat berpesan kepada setiap individu yang bergelar anak agar terus berbuat baik kepada ibu bapa meraka.

“Kadang-kadang remaja ni ada nakalnya, tapi dalam nakalnya dia adalah anak yang tak pernah ingat yang saya kecil hati dengan dia sepanjang 20 tahun saya jaga dia. So, jadilah anak yang baik-baik kepada ibu bapa,” katanya.

Sumber: MeleTOP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Yoo Jae Suk Becomes a Detective in New Show on Netflix

It seems like this will be another amazing show to follow. Lee Kwang Soo will be in it too!

Events Sat, 26 Apr 2025
Hiburan Tue, 12 Mar 2019

‘Saya Tak Kisah’- Adilla Idris Jawab Komen Netizen

Mak mana yang tak mahu tolong anak sendiri kan? Netizen ni pun…

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Izreen Azminda Kahwini Suami Orang Peminat Bengang

Izreen yang dikatakan bakal membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya dengan Uda merupakan suami orang

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Setiap Manusia Buat Silap, Beri Saya Peluang Kedua…

Saya bakal bertemu dengan pakar psikiatri di sebuah hospital pada hari Jumaat bagi mengetahui masalah sebenar sama ada menghadapi kemurungan atau pun mengalami masalah lain.

Hiburan Sat, 4 Jan 2020

SonaOne Ceburi Bidang Filem Pula?

Support SONAONE geng!

Hiburan Sun, 2 Feb 2025
error: Content is protected !!