Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 27, 2019 @ 4:26pm

Rakan Artis Hadir Beri Penghormatan Terakhir Pada Yazit

Pemergian Allahyarham Yazit semestinya satu kehilangan besar dalam industri muzik tanahair. Allahyarham merupakan pelopor dan pemain dram bagi kumpulan muzik terkenal, Search sejak hari pertama pertubuhan kugiran ini pada tahun 1981. 

Upacara pengebumian Allahyarham Yazit telah mengumpulkan artis-artis ‘otai’ Malaysia seperti ahli kumpulan Search iaitu Nasir, Nordin, Kid (kecuali Amy kerana berada di Jakarta atas urusan kerja), juga rakan artis ‘otai’ seperti Jojet, Awie dan M.Nasir.

Memetik laporan BH, Awie atau Datuk Azhar Othman menganggap kehilangan Yazit ibarat kehilangan seorang abang kerana Allahyarham merupakan di antara individu yang rapat dengannya dalam industri ini.

“Sudah pasti di luar sana ramai yang sedih dengan kehilangan lagenda yang dianggap ikon dan pencetus muzik rock Malaysia,” katanya. 

“Kali terakhir arwah Abang Yazit pergi menonton konsert aku…konsert laksamana metal di PWTC…Abang Yazit dalam kenangan.. We miss u bang…Aku doakan kau tenang dan happy di sana bang.. Al Fateha..,” tulis Awie dalam instagramnya. 

Kelibat Datuk M. Nasir juga di lihat semasa upacara pengebumian Allahyarham. Mungkin ramai yang tidak tahu tapi Datuk M. Nasir adalah penerbit pertama album kumpulan Search di bawah Polygram Records yang berpangkalan di Singapura dan Datuk M Nasir terus menjadi penerbit dalam pembikinan beberapa album Search. 

Menyifatkan Allahyarham sebagai pemuzik sejati dan seorang kawan yang baik, Datuk M Nasir berkata sepanjang bekerja dengan Yazit, Allahyarham mudah bekerjasama, sangat tegas tetapi boleh bertolak ansur. 

“Selain mengenai muzik, lagu dan industri, kami kerap berkongsi hal peribadi. Kali terakhir kami berjumpa, beberapa bulan lalu untuk berbincang projek muzik. Arwah begitu teruja…namun Allah lebih menyayanginya, ” kata komposer itu sewaktu ditemubual BH.

Walau bagaimanapun Nasir terkilan kerana Search tidak lengkap pada penghujung hayat Yazit apabila vokalis Search, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman tidak dapat bersama-sama menghadiri pengebumian Yazit.  

Namun dia faham dengan keadaan Amy yang terikat dengan urusan kerja di Jakarta, Indonesia sebagai komentator di program Golden Memories Asia. Terdahulu Amy memohon maaf kerana tidak dapat menziarah dan menghadiri majlis pengebumian Yazit dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas kehilangan insan yang dicintai. 

View this post on Instagram

Saya Suhaimi Abdul Rahman aka Amy Search ingin menyampaikan belangsukawa dan salam takziah di atas kembalinya pemain dram band tersebut, Yazit Ahmad pada pukul 11.53 pagi tadi. “Saya dengan rendah hati menyampaikan salam takziah di atas kepulangan Yazit ke Rahmatullah hari ini. “Semoga segala amalannya sepanjang di dunia diperhitungkan dan roh beliau dicucuri rahmat,” ucap Amy Search dalam kenyataan rasmi yang diberikan kepada pihak media sebentar tadi. Amy juga memohon maaf kerana tidak dapat menziarah dan menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Yazit kerana kini berada di Jakarta, Indonesia. Vokalis tersebut terikat dengan pekerjaannya sebagai komentator di program Golden Memories Asia untuk siaran Indosiar di Jakarta, Indonesia. “Saya meminta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai komentator bagi Golden Memories Asia yang masih akan bersiaran langsung pada malam ini. “Sekali lagi salam takziah buat seluruh keluarga Yazit. Semoga tabah menghadapi pemergiannya,” kata Amy lagi.

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Apr 2024

Jenama Aiskrim Terkenal Nafi Ambil Ruhainies Sebagai Duta

Alamak! Pantas betul jenama aiskrim tu keluar statement ya

Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Hiburan Sat, 25 Sep 2021

Selepas Zul Ariffin & Remy Ishak, Zizan Razak Pula Tarik Diri ABPBH34

Selepas pelakon Zul Ariffin dan Remy Ishak menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34), kini pengacara dan pelawak Zizan Razak membuat keputusan yang sama. Zizan menyampaikan khabar ini menerusi kemas kini […]

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Syukur…Isteri Mula Bertudung’- Nabil Ahmad

Nabil Ahmad meminta orang ramai untuk tidak menghakimi niat baik wanita yang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

error: Content is protected !!