Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir July 5, 2023 @ 4:27pm

[VIDEO] Reaksi Jebat Jayden Makan Ubat Curi Perhatian Netizen – “Takut Jadi Orang Kelantan Punya Pasal”

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden mencuri perhatian netizen ketika dipaksa makan ubat.

Menerusi perkongsian di TikTok @seorangnur, Jebat diminta untuk memilih sama ada dia orang Pulau Pinang (sebelah bapa) atau orang Kelantan (sebelah ibu), dia mengakui dirinya sebagai orang utara.

Menurutnya, orang Pulau Pinang lebih kuat dan berani untuk makan ubat berbanding orang Kelantan.

Di dalam video tersebut, dia teragak-agak untuk menelan ubat yang diberi Nabila namun setelah digelar orang Kelantan, dia sekali lagi mengaku dirinya orang Pulau Pinang.

“Dia orang Kelantan kot,” ujar Nabila.

“Orang Penang,” balas Jebat dan terus menelan ubat yang diberi.

@seorangnur Hahaha kelakar lah Jebat ni 😂 Makan ubat pun ada Penang Kelantan 🤣 #jebatjayden #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Laughing

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksinya yang membezakan antara dua negeri ibu dan bapanya.

“Takut jadi orang Kelantan punya pasal, dia sanggup telan ubat.

“Makan ubat pun ikut negeri. Lain macam spiderman kecik ni.

“Penang hadir ni Jayden..anak antu confirm kuat. Smoga Jayden cepat sembuh,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Thu, 8 Nov 2018

Pengarah TUJUH Kecewa Dengan Salah Seorang Pelakonnya?

Alamak…kenapa agaknya pelakon wanita itu tak muncul di majlis pelancaran Tujuh ya?

Hiburan Fri, 14 Jul 2023
Featured Tue, 13 Dec 2022
Hiburan Wed, 20 Dec 2017

时隔9年再发片 方泂鑌“我不是神”

时隔9年再发片的方泂镔,日前带着新专辑《我不是神》回马宣传;重返乐坛的他,改名为方『泂』镔,并在记者会上自嘲有新人出道的感觉。

Hiburan Fri, 20 Oct 2023
error: Content is protected !!