Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 8, 2018 @ 10:42am

Pengarah TUJUH Kecewa Dengan Salah Seorang Pelakonnya?

“ Lima tahun lalu, Cristina antara pelakon yang bagi saya cukup bertuah dapat bekerjasama dalam filem ini,” kata pengarah filem Tujuh, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang ralat dengan pelakon Cristina Suzanne.

Ini kerana pelakon berkenaan dilaporkan tidak membantu mempromosikan filem Tujuh yang turut dibintangi Cristina.

“ Dia juga tidak hadir ke sesi pra tonton Tujuh baru-baru ini.

“ Dengan bakat besar dimiliki, dia dianggap aset… Dia sangat berbakat,” katanya kepada BH Online.

Namun begitu, Mukhriz tidaklah kecewa kerana para pelakon Tujuh yang lain memberi kerjasama yang sepatutnya.

“ Cuma sebagai satu pasukan kerja, rasa ralat apabila kita tidak dapat meraikan pelancaran filem ini bersama-sama… Jadi rasa tak lengkap,” katanya. 

Selain Cristina, filem Tujuh yang diterbitkan Primeworks Studios membariskan pelakon lain seperti Marsha, Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Riz Armin, Siti Saleha, Aeril Zafrel, dan Deedee Nash.

Tujuh mula ditayangkan di pawagam, esok.

Ketika ini, Cristina yang pernah membintangi filem Jwanita, CEO dan Sejoli : Misi Cantas Cinta tidak lagi mengaktifkan Instagram di bawah akaun @cristinastockstill.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Mar 2025
Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Elly Mazlein Menangis, Bakal Suami Hadiahkan…

Tak lama lagi dah Kak Lina Pom Pom!

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Fri, 30 May 2025
Events Mon, 31 Dec 2018
Hiburan Wed, 4 Feb 2026
Hiburan Mon, 27 Nov 2017

Elyana Dedah Hidap Kanser Tahap 4

“Doktor Pernah Cakap Saya Hanya Akan Hidup Setahun Saja Lagi,”

error: Content is protected !!