Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 7, 2018 @ 9:42am

Belajar Giling Cili Demi ‘This Is Pilah’

Pernah menyertai program reality Clever Girl Musim Kedua namun hanya berjaya menempatkan diri di Top 20 tidak mematahkan semangat Iesna Mohd Raus untuk terus menempa nama dalam industri hiburan.

Siapa sangka percubaan santai ke ujibakat pencarian pelakon utama This Is Pilah akhirnya membuahkan hasil apabila pihak produksi memilih gadis berusia 27 tahun ini. 

” Mungkin ini dinamakan rezeki terpijak. Alhamdulillah…Sudah tentu saya rasa sedikit ‘terbeban’ memandangkan ini kali pertama saya ditawarkan untuk berlakon filem. Memang nervous tetapi saya dah cuba sehabis baik,” katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Madness Films di Ampang, malam tadi.

Memegang watak Ara, seorang gadis kampung yang bercita-cita tinggi, Iesna tidak mengalami sebarang masalah berkomunikasi untuk watak ini memandangkan dia sendiri merupakan anak jati Negeri Sembilan.

“ Alhamdulillah, saya boleh bercakap dalam dialek Nogori, jadi segalanya berjalan lancar. Tetapi untuk dialek di Kuala Pilah, ada sedikit perbezaan tetapi itu hanya masalah kecil saja,” katanya.

Tambah Iesna antara babak yang tidak boleh dilupakan adalah babak ketika dia perlu menggiling cili.

“ Saya bukanlah berapa pakar dalam kerja menggiling cili jadi untuk babak itu saja, kami ambil masa beberapa jam sebelum ia betul-betul memenuhi kehendak pengarah,” katanya ketawa.

This Is Pilah yang diterbitkan Madness Films juga dibintangi oleh Juzzthin, Iesna Mohd Raus, Kazar, Joey Daud beserta penampilan khas Waris, Ito Blues Gang, Ustaz Syamsul Debat dan bekas ahli parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hassan Malek.

Filem ini mengisahkan hasrat seorang pemuda di Kuala Pilah yang mahu memperisterikan gadis idamannya tetapi terpaksa berdepan dengan halangan bapa gadis itu kerana berasal dari suku yang sama. Untuk tahu kesudahan dapatkah mereka bersatu akhirnya, jom ke pawagan untuk menonton This Is Pilah bermula 21 Jun 2018 ini!  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Ada Peminat DM, Cakap Vida Dah Kena Rampas” – Roslan Shah Tak Cemburu, Gembira Jika DSV & Fazley Yaakob Bertemu Jodoh

Roslan Shah tidak cemburu atau berkecil hati apabila DSV hangat dikaitkan dengan Datuk Fazley Yaakob.

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Hiburan Tue, 10 Jun 2025
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Faezah Elai Hanya Perlukan Tudung Labuh, Bukan Fesyen Jenama Mewah

Mula berhijab pada 2015, pelakon Faezah Elai mempunyai caranya tersendiri mengenai cara berfesyen dan menutup aurat. Sering menggayakan tudung labuh, ramai yang memuji caranya menutup aurat selari dengan imej sebenar sebagai seorang muslimah. Baru-baru ini menerusi Instagram, […]

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Alahai Comelnya Anak Sulung Abam Bocey!

Comelnya Syed Uthman Hamzah!

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
error: Content is protected !!