Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 17, 2025 @ 3:18pm

Menangis Saksikan Persembahan Nadeera, Usaha Hael Husaini Buat Peminat Tersentuh – “Jelas Cara Dia Push, Jaga & Sorak…”

Tangisan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, ketika menyaksikan persembahan Nadeera Zaini di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) telah meruntun hati ramai.

Menerusi ciapan yang tular di platform X, ramai yang menyatakan rasa kagum terhadap keikhlasan Hael dalam membantu mengangkat nama Nadeera dalam industri muzik.

“Sejujurnya, tengok Hael memang nak angkat Nadeera dalam industri muzik. Boleh nampak cara dia push, jaga dan rooting untuk Nadeera sejak hari pertama. Dia nampak dan percaya dengan bakat yang ada dalam diri Nadeera.

“Walaupun bakat Nadeera tu besar, tapi dia sangat struggle untuk cipta nama. Pertandingan apa saja yang dia tak sertai dan menang? Hampir berputus asa. Bila Hael bagi dia lagu, Hael juga yang beria-beria promo. Masa separuh akhir itu nampak sangat muka Hael tak happy masa nama Nadeera belum disebut.

“Hael macam ‘kalau aku dapat, kau mesti dapat juga’ dan sebagai abang ‘kalau aku tak dapat tak apa, yang pentig kau dapat’. Faham tak macam mana Hael rooting for Nadeera? Malam ini pun dia paling happy Nadeera menang. Hael Husaini is the best,” tulis seorang pengguna X.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa terharu dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa Nadeera mempunyai potensi besar untuk mengikut jejak langkah penyanyi tersohor seperti Dayang Nurfaizah, terutama dalam menghasilkan karya berkualiti bersama pelantun lagu Diam itu.

Pada malam kemuncak AJL39, Nadeera yang pertama kali beraksi di pentas berprestij itu membuktikan kehebatannya apabila berjaya merangkul gelaran Naib Juara menerusi lagu Bukan Lagi Kita, ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Feb 2024
Events Thu, 20 Jun 2019
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

ANAK JUTAWAN MALAYSIA KAHWIN!

Siapa yang tidak kenal dengan adik-beradik dari kumpulan Naza Group kan? Hari ini anak kepada jutawan, Tan Sri Nasimuddin Amin iaitu SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan iaitu CEO Berjaya Times Square dan juga anak […]

Featured Tue, 15 Aug 2023

[VIDEO] Pakai Spek Macam Rappers, Ramai Terhibur Gaya Pu Riz Jual Barang – “Caprice Ke DJ Khaled Ni?

Amboiiiiii, ni abah Bilal dengan Abbas ke? 😂🤣 Lain macammm ek 🤣🤣

Featured Fri, 3 Feb 2023

Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Wowwww 🤯 Duit Opai ni memang unlimited ke macam mana? Fuhhhhh bagusnya muliakan isteri.. 🥰 Untung Fatin 😌

error: Content is protected !!