Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 21, 2025 @ 3:57pm

“Kami Hanya Pendengar, Bukan Penyebar Cerita” – Aliff Syukri Dedah Punca Sebenar Konflik Antara Isteri & Rebecca Nur Al-Islam

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung isu yang mengaitkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida, dengan pelakon Rebecca Nur Al-Islam.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di TikTok, Aliff mendedahkan sejak awal lagi, keluarganya telah diminta untuk tidak berkongsi sebarang perkara berkaitan majlis perkahwinan ibunya, Rozita Ibrahim, di media sosial.

“Ramai yang kata kami yang mula dulu. Sebenarnya, dari awal lagi keluarga kami dilarang memuat naik apa-apa gambar atau video. Majlis diadakan secara tertutup, penuh privasi, dan kami telah sepakat mengenainya,” jelasnya.

Mengulas lebih lanjut, Aliff turut berkongsi dia dan isteri sering menjadi tempat adik-beradiknya meluahkan rasa sedih yang terbuku di hati.

“Saya dan isteri hanyalah pendengar setia kepada luahan anak-anak Bonda. Kami tak pernah menyebarkan cerita buruk kepada sesiapa. Mereka masih muda, emosi masih rapuh.

“Bila terlihat gambar atau video, perasaan itu makin dalam. Sebagai abang dan kakak, kami cuba menjadi tempat mereka berlindung dan meredakan rasa hati,” katanya lagi.

Dalam siaran langsung sama juga, Aliff turut mendedahkan punca sebenar mengapa isterinya, Shahida, memilih untuk membalas kenyataan Rebecca.

Menurutnya, apa yang berlaku berpunca daripada provokasi keterlaluan yang diterima isterinya ketika sedang membuat siaran langsung perniagaan.

“Waktu isteri saya tengah fokus berniaga secara live, ramai yang sengaja cucuk dan provoke dia dengan soalan-soalan berkait isu keluarga. Bila dah terlalu ramai yang tekan, dia pun hilang sabar dan akhirnya respon di situ juga,” jelasnya.

Sebelum ini, Rebecca tampil mempertahankan dirinya selepas didakwa cuba ‘menumpang glamor’ perkahwinan abangnya dengan Bonda Rozita Ibrahim dengan memuat naik pelbagai gambar dan video bersama pasangan tersebut.

Namun keadaan makin panas apabila Rebecca memuat naik rakaman suara seorang wanita yang dipercayai milik Shahida sendiri, yang dilihat sebagai individu yang membangkitkan isu berkenaan.

Tidak terhenti di situ, pelakon Keramat itu turut menghamburkan kata-kata tajam, menyifatkan individu yang membuat tuduhan itu sebagai ‘tidak punya akal’, sekaligus menghangatkan lagi konflik antara dua pihak.

@shopdherbsonline

PART 1: Papa jelas secara jujur … korang duk tnya sangat kan ..Dengar elok2.. #terlajaklaris #papalaris

♬ bunyi asal – ONLINE DHERBS – ONLINE DHERBS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Oct 2018
Featured Thu, 18 Jun 2026

Stop Fikir Pasal Kahwin, Fathia Latiff Cari Kebahagiaan Di Usia 40 – “Lain Lah Kalau Rasa Diri Masih Hot, Masih Ada Harapan”

Fathia Latiff berkongsi pendapat peribadinya mengenai jodoh apabila dia mengakui lebih memilih untuk mencari kebahagian berbanding memikirkan soal perkahwinan.

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Sun, 27 Oct 2024

Rupanya Dah Berpisah 2 Julai Lalu.. Que Haidar, Linda Jasmine Bercerai Talak 1

Que Haidar bercerai talak satu dengan Linda Jasmine 2 Julai lalu.

Featured Thu, 8 May 2025

Jawapan Bakal Terbongkar! 4 Juta Penonton Dijangka Saksikan Episod Akhir ‘Keluarga Itu’

Keluarga Itu antara drama karya tempatan paling berpengaruh tahun ini.

Trending Thu, 20 Aug 2020

Dr Noor Hisham Abdullah Dinobat Tokoh Maal Hijrah 1442H

Tahniah diucapkan buat Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Featured Fri, 28 Feb 2025

Kerajaan Selangor Cadang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor bercadang memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan.

Trending Fri, 13 Dec 2019

Skuter ”First Medical Respond” Dari KKM

Atasi Jalan Jammed & Ambulans Lewat

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Elak Stress, Ebby Yus Lebih Selektif Pilih Watak

Semoga diberikan kesembuhan buat Ebby Yus…Amin

error: Content is protected !!