Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 25, 2022 @ 6:28pm

“Orang Ingat Lagu Tu Simple, Tapi…” – Anuar Zain Bakal Ganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Boneka Di AJL36?

Pengganti penyanyi Ernie Zakri untuk menyampaikan lagu Boneka di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) masih belum diumumkan.

Ernie yang bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi masih belum mendedahkan penyanyi yang bakal menggalas tanggungjawab terbabit.

Menerusi pemerhatian di laman sosial, peminat turut mencadangkan ibu saudara Ernie, Ziana Zain serta bapa saudara Ernie, Anuar Zain untuk menggantikan penyanyi itu.

Bertemu dengan Anuar, pelantun lagu Andainya Takdir itu sendiri tidak tahu siapa yang bakal menggantikan Ernie.

“Boneka adalah lagu yang sangat menarik. Saya sendiri tak tahu siapa yang dipilih untuk menggantikan Ernie. Sejujurnya, kalau kami berjumpa, kami memang kurang bercakap soal kerja.

“Saya sendiri belum tahu siapa ganti, tetapi setakat ini bukan saya. Jika ada tawaran untuk ganti pun, saya tak tahu nak kata apa sebab sebenarnya lagu Boneka itu sangat susah.

“Orang ingat lagu tu simple, tapi susah sebenarnya. Saya sendiri berharap Ernie berjumpa dengan pengganti yang bagus,” katanya.

Boneka merupakan antara 12 finalis AJL36 yang bakal berlangsung pada Mac hadapan.

Anuar ditemui di sidang media Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta bakal diadakan 5 Mac 2022 di Ipoh International Convention Centre, IICC bermula pukul 8.30 malam.

“Acara ini menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan atau frontliners yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang wabak melanda dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad in bertujuan untuk berhibur sambil beramal,” katanya.

Harga tiket dari RM 230, RM280 dan RM380. Untuk sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi atau WhatsApp di talian 011-36088001 atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ IICC.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Trending Thu, 8 Mar 2018

丧心「巨鼻给皂器」手感超真实

你会把擤出来的鼻涕往身上抹吗?这听起来有点恶心,但几乎人人在小时候都做过的行为,现在又要「卷土重来」进入你的人生了。你洗澡的时候可以轻松把绿鼻涕抹到身上……

Trending Tue, 26 Nov 2019
Featured Mon, 27 Oct 2025

“Tolong Jangan Gunakan Anak Sebagai Alasan Untuk Tangguh Proses Perceraian” – Linda Hashim 

Linda Hashim menegaskan, anak-anak tidak sepatutnya dijadikan alasan atau dikaitkan dengan kemelut rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Beego.

Featured Tue, 11 Mar 2025
Featured Mon, 5 May 2025

Perkahwinan Hampir Tiga Tahun Terlerai, Mas Idayu & Suami Sah Cerai

Mas Idayu dan Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa sah bercerai.

error: Content is protected !!