Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 24, 2023 @ 5:30pm

“Muka Sama Mungkin Jodoh Kuat, Tapi Janganlah Sama-Sama Bod*h!” – Lantang Tangani Isu Ajaran Sesat, Caprice Mohon Ambil Tindakan Tegas!

Penyanyi rap dan juga aktivis kemanusiaan, Caprice berang selepas ada pihak yang terdiri daripada rakyat Malaysia dipercayai kini menetap di New Zealand sedang giat menyebarkan dakyah mengenai ajaran sesat yang dipanggil SiHulk.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice lantang menolak fahaman songsang kumpulan ini yang ternyata menyimpang dari ajaran agama Islam.

Menurutnya, kumpulan ini semakin galak menyebarkan kefahamn mereka menerusi beberapa platform media sosial sekaligus perbuatan ini amat membimbangkan.

“Pengikut SiHulk, ajaran sesat sudah start buat video masing-masing.

“Bak kata orang tua kalau muka sama mungkin jodoh kuat, tapi janganlah sama-sama bodoh! I am just kidding, but I am not.

“Dengar Malaysia, saya tidak tahu bagaimana anda semua boleh lari sehingga ke New Zealand. Ramai orang komen mereka ni (pengikut SiHulk) dilihat ada yang seakan-akan baca skrip dan berkemungkinan juga dibayar.

“Dan untuk pengetahuan,  ada dalam kalangan saudara mereka ni yang DM saya bagitahu mereka ni memang kena hasut, kena brainwash daripada SiHulk sebenar untuk sertai satu kumpulan ajaran sesat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

Justeru, Caprice berharap agar tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani situasi tersebut.

Bahkan, dia juga menyeru dan menjemput semua pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam untuk membuat laporan polis susulan tindakan berani SiHulk menghina agama Islam.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat bekerjasam dengan Wisma Putra, Embassy Malaysia, Embassy New Zealang untuk mencari apa sebenarnya yang mereka buat di New Zealand.

“Insya-Allah kita dapat hubungi mereka semua dan selamatkan mereka. Insya-Allah,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

Sebelum ini, Harian Metro ada melaporkan, ‘ajaran SiHulk’ sudah difatwakan oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai ajaran sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah serta syariat Islam.

Antara penyelewengan ajaran sesat itu ialah mendakwa Nabi Muhammad sebagai tuhan, Nabi Muhammad tidak mempunyai jantina, menafsir sendiri sebuah hadis dengan menyatakan Nabi Muhammad tiada kemaluan dan sebagainya.

 

Sumber: Instagram, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 10 Aug 2018

Jurnal Minggu Ke-4 : #daiTV3 Selami Jiwa Penghuni Tanjung Rambutan

Jurnal Minggu Ke-4 : Membawakan tema Kasih Sayang Dan Kekeluargaan sambil menyelami jiwa dan kehidupan penghuni Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak

Trending Sat, 7 Sep 2019

Kerana Mengandung Di Belasah Teman Lelaki

Sudahlah sedang mengandung 5 bulan dipukul teman lelaki dengan teruk

Fab Foodies! Sun, 21 Jan 2018

THESE 9 PLACES SELL THE VIRAL ‘AIS KEPAL MILO PEKAT’

Milo is every Malaysian’s staple! Who wouldn’t want a piece of this for themselves?

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

PU Abu, Do you Think Marriage is a Joke?

Did we see this coming or did we see this coming? *sigh* literally have no words…

Konsert Wed, 13 Dec 2023
Trending Wed, 1 Jul 2020
error: Content is protected !!