Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 27, 2025 @ 2:10pm

“Tolong Jangan Gunakan Anak Sebagai Alasan Untuk Tangguh Proses Perceraian” – Linda Hashim 

Pelakon Linda Hashim menegaskan, anak-anak tidak sepatutnya dijadikan alasan atau dikaitkan dengan kemelut rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Beego.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata, dia enggan ketiga-tiga anak perempuannya itu digunakan sebagai alasan untuk menangguhkan proses perceraian yang sudah diputuskan sebelum ini.

“Saya tak mahu babitkan nama anak-anak saya. Sangat tidak relevan menggunakan anak-anak dalam isu ini.

“Tapi Beego masih menjadikan anak-anak sebagai alasan untuk menangguhkan proses cerai.

“Anak-anak pun tahu kami ada masalah, jadi tolong jangan gunakan mereka sebagai alasan. Kasihan anak-anak saya,” katanya.

Linda berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan filem Hayya 3: Gaza baru-baru ini.

Anak sampai malu nak pergi sekolah

Dalam masa sama, Linda turut meluahkan rasa kecewa apabila Beego didakwa sengaja menggunakan video lama anak-anak mereka untuk tujuan peribadi sehinggakan anaknya malu untuk pergi ke sekolah.

“Sebelum ni dia gunakan dan muat naik video anak saya. Anak saya sampai malu nak pergi ke sekolah.

“Dia buat begitu untuk kepentingan diri sendiri, untuk menunjukkan dia bertanggungjawab terhadap anak-anak, padahal video itu video lama.

“Anak saya nampak, dan dia tinggalkan komen sebab dia pun dah bertudung sekarang,” jelasnya.

“Saya masih boleh terima Beego sebagai sahabat”

Tegas Linda, dia nekad untuk meneruskan proses perceraian sekali gus tidak akan memutuskan hubungan anak-anak dan bapa mereka memandangkan hubungan yang terjalin bersama keluarga mentua juga baik.

Bahkan, dia berharap agar Beego menghormati keputusannya untuk menyelesaikan hal perceraian mereka secepat mungkin.

“Saya cuba bersabar supaya tidak keluarkan kenyataan yang tak sepatutnya. Saya sudah cakap dengan dia supaya hormat keputusan saya.

“Saya sudah beri peluang untuk perceraian pertama dan kedua ini adalah yang ketiga. Saya bukan nak sangat bercerai, tapi saya rasa dah tak boleh teruskan.

“Saya masih berhubung dan bawa anak-anak berjumpa, dan saya tetap rapat dengan keluarga dia.

“Malah kami pernah keluar makan bersama supaya dia tahu kami boleh berkawan selepas bercerai.

“Saya masih boleh terima dia sebagai sahabat dan bapa kepada anak-anak. Saya tidak akan buang dia, cuma kami takkan lagi bergelar suami isteri,” ujarnya.

Untuk rekod, Linda sebelum ini memfailkan perceraian terhadap Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman antara mereka.

Pasangan ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun rujuk semula pada 9 April 2023 sebelum kembali berpisah beberapa bulan kemudian atas sebab yang sama.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iiatu, Jelita Clarissa 11, Anggun Cassandra 10 dan Indah Camelia 6.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 24 Apr 2022

Nelayan Warga Asing Ceroboh Perairan Negara, RM2 Juta Hasil Laut dan Diesel Dirampas

Hasil laut,diesel RM2 juta dirampas, nelayan warga asing ditahan.

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

Alah Teruk, Deena Emir Langsung Tak Masuk Dapur

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang hamil anak kedua  mendedahkan pengalamannya mengandung kali ini sangat berbeza dengan yang pertama melalui perkongsian terbaharu di akaun instagramnya @deenaemir. “SubhanAllah banyak sangat yang Deena belajar […]

familuv Mon, 4 May 2020

Tiga anak petugas barisan hadapan, ibu mana tidak risau

Sentiasa pesan pada anak, bekerja kerana Allah

Hiburan Fri, 18 Apr 2025
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Ini 4 Perkara Unik Tentang Drama The Promise!

The Promise drama Cina terbaik khas buat penonton setia 8TV!

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Datuk Fazley Yaakob Dapat Anugerah Lagi

Tahniah! Datuk Fazley Yaacob menang anugerah lagi.

Trending Tue, 4 Aug 2020
error: Content is protected !!