Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 19, 2023 @ 6:18pm

JPJ Gesa Buat Laporan, Sahkan Nombor Plat McLaren Milik Suami Pelakon Bukan Pemilik Sebenar

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengesahkan bahawa nombor plat kenderaan McLaren milik suami kepada pelakon bukanlah nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, pihak JPJ KL menggesa dan menasihati pemilik kenderaan mewah itu untuk tampil membuat laporan.

“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Heboh di media sosial apabila ada warganet membuat pendedahan bahawa suami pelakon tersebut bukan pemilik sebenar malah dimiliki oleh sebuah syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.

Terdahulu, suami kepada pelakon popular itu dihujani kecaman apabila videonya tular dan didakwa menghina kereta bukan ‘supercar’ serta melabelkannya sebagai najis ketika di acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Oct 2023
Trending Wed, 12 Sep 2018

Can You Guess the Malaysian? Most of You Will Fail

This touching video from Celcom teaches us to stop looking at people from only one perspective.

Hiburan Thu, 1 Mar 2018

Kami Mohon Maaf – Naelofar Hijab

Syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Masih Menjalani Rawatan, Remy Ishak Terus Istiqomah

Doakan Remy kembali pulih seperti biasa.

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Sat, 10 May 2025
error: Content is protected !!