Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 27, 2024 @ 12:22pm

Individu Mel*nc*p Atas Foto Isteri, Hafiz Mahamad Minta Pelaku Tampil Mohon Maaf… Siap Tawar Tiket Umrah – “Allah Beri Saya Kesabaran”

Usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad mendedahkan ada individu berkelakuan jijik apabila beronani atau melancap di atas foto isterinya, Syafiqah Aina, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hafiz mengakui berasa marah dan dayus apabila mengetahui perkara tersebut daripada pekerjanya.

Difahamkan, foto perbuatan terkutuk itu dimuat naik di platform X oleh individu tersebut.

“Ada orang buat perkara jijik kepada isteri saya dimana ada individu mengeluarkan air mani atas gambar isteri saya. hanya saya saja tahu betapa marahnya saya dan dayusnya saya ketika itu.

“Selepas saya nampak posting tersebut di X, waktu itu saya ada kenalan yang tahu info individu berkenaan, banyak maklumat yang saya dapat,” kongsi Hafiz dalam sebuah video.

Tambah Hafiz, biarpun hatinya hancur melihat isterinya diperlakukan sebegitu, dia enggan mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

“Saya boleh terus ke alamat individu itu, buat repot polis, saya juga boleh buat saman pada ketika itu. Saya tak pernah naik turun mahkamah tapi ketika itu saya terfikir untuk buat.

“Tapi bila saya lihat kad pengenalan pelaku tersebut, dia masih muda, kalau saya buat pada umur dia, mungkin hancur masa depan dia, malu keluarga dia.

“Mungkin Allah tegak hati saya, beri saya kesabaran, beri peluang kepada orang muda itu,” ujarnya.

Justeru itu, Hafiz meminta individu tersebut untuk tampil ke pejabatnya sekali gus membuat permohonan maaf terhadap isterinya di depan matanya sendiri.

Malah, Hafiz turut menawarkan tiket untuk mengerjakan ibadah Umrah sekiranya individu tersebut tampil berbuat demikian.

“Datang ke pejabat saya, jumpa saya secara ‘direct’ dan minta maaf kepada Aina di depan mata saya, kerana saya nak tengok permohonan maaf itu, ‘no video, no record, no posting’. Saya hanya minta awak datang dan minta maaf pada isteri saya depan mata saya.

“Saya nak awak hubungi ibu awak depan mata saya, mohon maaf padanya. Tak perlu cerita apa kesalahannya kerana saya tahu awak takut. Ibu juga seorang perempuan, mungkin ibu boleh ampunkan dosa awak.

“Saya beri awak tiket Umrah, mungkin masa depan atau perbuatan awak akan okey selepas itu. Bila saya tengok awak masih muda, saya nak bagi peluang,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Meremang Tonton Filem Pendek Misi AINAA, Hafiz Mahamad Bangga & Sebak… Pasang Impian Terbit Dokumentari Di Netflix

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Aug 2024

Azhar Sulaiman Mahu Anak Lelaki Belajar Cara Solat Jenazah

Alhamdulillah, tindakan yang bagus Azhar Sulaiman

Trending Mon, 17 Jan 2022

Jom Sertai Program Realiti Terbaharu TV3! Fit For Action Bakal Adakan Uji Bakat Terbuka Pada 29 & 30 Januari Ini

Program realiti terbaharu TV3, Fit For Action (FFA) meneruskan pencarian peserta yang mempunyai kemahiran seni bela diri dan berminat untuk berlakon. Jangan melepaskan peluang untuk menyertai uji bakat terbuka yang akan berlangsung pada 29 dan […]

Trending Fri, 15 May 2020
Featured Mon, 9 Aug 2021

“Akak Bagi Free Je, Awak Adik Akak” – Dedah Perbualan Dengan Siti Sarah, Uqasha Senrose Terkilan Hajat Tak Kesampaian

Berita pemergian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin memberi kesan yang mendalam buat ramai yang pernah mengenali beliau secara dekat termasuk pelakon jelita, Uqasha Senrose. Uqasha yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi mendedahkan hajatnya untuk […]

TECH Mon, 5 Nov 2018

5 Cara Pulih Sambungan WiFi Bermasalah Pada PC

Berikut antara beberapa kaedah yang boleh anda cuba untuk mengembalikannya fungsi Sambungan WiFi Pada PC anda.

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Umie Aida Dekatkan Anak Pada Al-Quran Sejak Bayi Lagi

Pelakon, Datin Seri Umie Aida sering memperdengarkan ayat al-Quran selama sebulan kepada anaknya, Aisyah Humaira. “Alhamdulillah, Aisyah sudah masuk lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua. “Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam […]

error: Content is protected !!