Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 21, 2024 @ 7:45pm

Ikat Pelakon-Pelakon Hebat Tanah Air, Hafiz Mahamad Sanggup Belanja Setengah Juta & Arah Sendiri Hasilkan Filem Pendek ‘Misi AINAA’

Usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad sanggup berbelanja RM500,000 demi menghasilkan sebuah filem pendek terbitan jenama syarikatnya, Ainaa Beauty yang bertajuk Misi AINAA.

Ketika ditemui XTRA, Hafiz berkata penghasilan filem pendek tersebut dilakukan sendiri oleh pasukannya tanpa menggunakan khidmat agensi ataupun produksi luar.

“Sekiranya kami guna khidmat agensi atau produksi luar berkemungkinan kosnya akan mencecah RM1 juta lebih.

“Tapi kami hasilkan sendiri dengan menggunakan pasukan dan bakat sendiri, sebab saya juga yang mengarah dan menulis skrip. Jadi kosnya 50 peratus daripada jumlah produksi luar.

“Kos yang saya keluarkan untuk hasilkan Misi AINAA ini adalah sebanyak RM500,000.

“Apa yang saya bersyukur, saya dapat pindahkan kos tersebut kepada pengurusan dalaman syarikat juga kerana pasukan saya bekerja dengan syarikat kami juga,” kongsinya kepada pemberita.

Hafiz ditemui pada majlis tayangan perdana filem pendek terbitan syarikatnya, Ainaa Beauty iaitu Misi AINAA di Putrajaya, pada Rabu.

Ditanya bagaimana terdetik untuk menyunting nama-nama hebat dalam industri seni bagi menjayakan naskah filem pendeknya itu, Hafiz syukur pelawaannya diterima baik.

“Pada mulanya, saya sebut nama-nama mereka sekadar angan-angan. Pekerja saya ada bertanya siapa yang akan pegang watak-watak tersebut. Jadi saya sebut sahaja nama-nama yang ada kini.

“Bila pihak saya hubungi mereka, mereka terima baik sebab saya anggap barisan pelakon ini bukan seorang selebriti yang terlalu sukakan perkara tular atau wang semata.

“Mereka buat kerana seni, saya ingat lagi ketika saya bertemu dengan Beto Kusyairy, saya ceritakan kepadanya tujuan saya terbitkan naskah ini.

“Alhamdulillah, dia terima. Dia pernah cakap nilai yang dia terima bukan jadi ukuran tetapi jalan cerita sesebuah naskah,” ujarnya teruja.

Untuk info, Hafiz Mahamad merancang 100 peratus jalan cerita dan skrip filem aksi pendek ini adalah simbolik kepada mesej yang ingin disampaikan kisah benar liku-liku perjalanan perniagaan bersama isterinya, Aina.

Misi AINAA dibarisi pelakon ternama seperti Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnul Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan penampilan istimewa artis seni bela diri yang didatangkan khas daripada negara jiran, Yayan Ruhiyan.

Hafiz Mahamad

Misi AINAA bakal membawa penonton menyusuri kisah pengasas, Syafiqah Aina yang diculik beberapa penjahat dari pelbagai latar belakang termasuklah seorang pengamal media, ahli politik dan penunggang agama yang mahu mencuri data penting mengandungi segala maklumat pembangunan perniagaan.

Misi AINNA bakal ditayangkan di semua platform media sosial AINAA Beauty bermula jam 6 petang esok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Apr 2018

Lama Menyepi, Syamel Kini Berat Sebelah!

Selain itu, dia juga dilabel ‘pilih bulu’ kerana hanya membuat persembahan yang boleh menaikkan namanya sahaja. Namun, Syamel telah tampil menjelaskan hal yang sebenar.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Kembali Bertiga, Team Pagi SURIA Lebih Kecoh!

Jangan lupa untuk dengarkan Team Pagi Suria okay!

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

Bawa Watak Wartawan Jenayah, Mimi Lana Kongsi Cabaran Babak Mandi Darah Dalam Filem Polong

Filem Polong arahan Zulkarnain Azhar bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal, malah turut mencabar ketahanan Mimi Lana dari segi emosi.

Hiburan Sat, 30 Mar 2019
Hiburan Tue, 3 Mar 2020

COVID 19: Pegawai Dan Staff Istana Antara Yang Perlu Jalani Ujian Saringan Kesihatan

Semoga Allah peliharakanlah Raja kita dan diri kita semua daripada wabak penyakit ini

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

“Saya Tak Tahu Pun Saya Tercalon” – Azira Shafinaz Terkejut Dapat Rangkul Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik

Azira Shafinaz terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang trofi Festival Filem Asia Pasifik ke-61 (FFAP 61) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

error: Content is protected !!