Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir February 5, 2024 @ 1:24pm

Suami Mizz Nina Dedah Musa Bukan Nama Sebenar, Minta Noh Salleh Hubungi Dirinya – “Jangan Cari Isteri Saya, Cari Saya”

Suami kepada penyanyi dan aktivis, Mizz Nina iaitu Essam Muhammad mendedahkan nama sebenar anak angkatnya bukan Musa seperti yang didedahkan Noh Salleh, sebelum ini.

Sebelum ini, Noh pernah mendedahkan nama penuh anak angkatnya adalah Musa Mohammad Noh bin Abdullah dalam komennya menjawab pertanyaan netizen.

Menurut Essam, Noh sudah memberikan maklumat yang salah kepada umum dan enggan berkongsi nama sebenar bagi melindungi peribadi anak kecil tersebut.

“Itu bukan nama sebenar Musa. Saya di sini ingin menegaskan bahawa nama penuh Musa yang kononnya disebut di Internet tempoh hari adalah tidak benar. Dia (Noh) sudah memberikan maklumat salah kepada semua.

“Namun, saya enggan mendedahkan nama penuh sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Essam yang merupakan seorang penyanyi rap menyarankan Noh untuk berhubung terus dengannya menerusi Instagram bagi sebarang komunikasi.

“Kalau dia mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga saya termasuk Nina, saya adalah mahramnya.

“Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih umum,” ujarnya.

Tindakan pelantun lagu Angin Kencang ini mengambil anak angkat tanpa pengetahuan penjaganya malah mendedahkan identiti Musa dan ibu kandungnya disifatkan tidak sensitif serta mencetuskan pertikaian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak Diambil Ketika Saya Berada Dalam Penerbangan Tanpa Izin & Pengetahuan” – Terkesan ‘Hilang’ Musa Selama Lebih 3 Minggu, Mizz Nina Akhirnya Buka Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Noh Salleh Buat Permohonan Maaf! Dedah Tidak Tahu Perjanjian Yang Dibuat Oleh Mizz Nina & Ibu Kandung Musa

Terdahulu, Mizz Nina dan Noh pernah mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022 dan mereka tidak dikurniakan anak.

Kini, mereka sudah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pasangan pilihan masing-masing.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 24 Apr 2022

Buat Pembedahan Plastik Tukar Wajah, Penjenayah Takut Dijejaki Polis

Lakukan pembedahan plastik elak ditangkap polis, 8 wanita dikehendaki.

Trending Mon, 11 Oct 2021

Isu Kru Dijangkiti Covid-19, Pelakon Positif Dadah: “Kerajaan Bagi Kebenaran, Patuhi SOP” – Fadzil Teh

“Saya harap isu yang timbul tidak membuatkan pihak berwajib menarik balik kebenaran untuk kami meneruskan penggambaran,” begitulah kata-kata penerbit popular, Fadzil Teh ketika diminta mengulas mengenai dua insiden yang sedang hangat diperkatakan melibatkan warga industri […]

Hiburan Fri, 8 Mar 2024
Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Alif Satar Yakin Naz Rahman & Sissy Imann Ada Kekuatan Tersendiri, Mampu Bawa Perubahan Di AJL39

Alif Satar yakin Naz Rahman & Sissy Imann ada kekuatan tersendiri untuk kendalikan AJL39.

Featured Sun, 29 Jun 2025
Hiburan Tue, 8 Apr 2025

Rakan Jadi Saksi Shuk Sahar Berhempas Pulas Cari Rezeki Sampai Lewat Malam 

Shuk Sahar terharu ada ‘keluarga’ di Singapura tampil pertahankannya

Featured Thu, 22 May 2025

[VIDEO] Sambut Ulang Tahun Ke-30, Nana Sheme Infaq Al-Quran Buat Arwah Ibu

Nana Sheme sambut hari lahir dengan cara berbeza.

error: Content is protected !!