Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2025 @ 4:53pm

Malam Penuh Jiwa, Muzik Abadi & Perayaan Peribadi Seorang Ikon ‘This Is Noryn Aziz’

Malam istimewa yang menyatukan muzik, emosi dan perjalanan seni yang mendalam, penyanyi tersohor Noryn Aziz bakal menyinari Auditorium DBKL menerusi konsert solo eksklusif bertajuk ‘This Is Noryn Aziz’.

Lebih daripada sekadar persembahan pentas, konsert ini adalah satu pengalaman sinematik dan intim yang membawa penonton menyelami kisah hidup serta evolusi muzik seorang figura ikonik yang telah membentuk landskap jazz dan R&B Malaysia.

“This Is Noryn Aziz bukan hanya konsert. Ia adalah cerminan siapa saya sebagai penyanyi, wanita dan anak seni Malaysia,” katanya.

Dengan hanya 500 tempat duduk eksklusif disediakan, malam ini menjanjikan keindahan persembahan yang disusun rapi dalam dua babak menggambarkan spektrum penuh muzik dan personaliti Noryn.

Menampilkan karya-karya segar seperti, Kaki Kiriku (campuran nuansa Parisian dan Melayu), Syurga Sempurna dan Hoore Hoore dalam susunan jazz moden klasik, babak ini bakal memikat jiwa dengan kelembutan vokal dan susunan muzik yang elegan.

Manakala, dalam babak kedua yang dinamakan sebagai ‘Babak Celebration’,  Noryn akan tampil dengan susunan lagu seperti, Fantasi O Realiti, Alam Maya dan Persembahan R&B kontemporari yang penuh semangat dan kehangatan.

Bahkan, ia juga satu penghormatan kepada pengaruh muzik seperti Ella Fitzgerald, Anita Baker dan Datuk Sheila Majid, tetapi dihidangkan sepenuhnya dengan jiwa dan citarasa Malaysia.

‘This Is Noryn Aziz’  turut menjadi platform untuk memperkasakan generasi pemuzik muda, terutamanya wanita dalam genre jazz yang sering dianggap eksklusif.

Konsert ini adalah usaha Noryn untuk membawa jazz lebih dekat kepada khalayak .

“Saya mahu jazz itu berbunyi seperti kita: dengan bahasa kita, ritma kita dan jiwa kita,” tambahnya.

Untuk  maklumat mengenai konsert, ‘This Is Noryn Aziz’ akan diadakan di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1, pada 19 September 2025 bermula jam 8 malam. Dan tiket boleh didapati di ticketonline

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Oct 2022
Featured Wed, 26 Oct 2022

“Pelakon ‘Exited’ Jumpa Kereta Aku” – Teruja Jumpa Peminat, Nad Zainal Temui Kenderaan Pertama Miliknya

Pertemuan antara pelakon jelita Nad Zainal dan peminatnya meraih perhatian warganet di TikTok. Tular sebuah video Nad bersama peminatnya gembira bergambar bersama sebuah kereta milik Nad sebelum ini. @bungaorkedrose Exited dia sebab jumpa balik kereta […]

Hiburan Wed, 6 Aug 2025
Acara Mon, 8 Oct 2018

Hadir Memukau, Laluan Permaidani Merah ABPBH31 Milik 3F – Fattah, Fazura Dan Fasha

Kehadiran Fazura dan Fattah mendapat sorakan hebat peminat!

Featured Fri, 12 Jul 2024
Hiburan Sun, 22 Dec 2024

Alami Jangkitan Paru-Paru & Batu Karang, Adi Putra Ditahan Di Wad

Datuk Adi Putra dimasukkan kehospital akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi.

Featured Tue, 18 Feb 2025
Hiburan Thu, 27 Apr 2023
error: Content is protected !!