Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 26, 2022 @ 4:17pm

[VIDEO] Taja Rawatan Kanak-Kanak Alami Penyakit Kulit, Sifat Baik Eina Azman Dipuji Netizen

Pelakon Datin Paduka Eina Azman menaja rawatan seorang kanak-kanak yang bernama Alya Maisara yang menghidap penyakit kulit.

Menerusi perkongsian @nurfahanamie88 di TikTok, Eina berjumpa kanak-kanak itu di klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan.

Di dalam video itu, kemudiannya, dia membawa Alya berjalan-jalan dan pergi makan untuk meluangkan waktu bersamanya.

@nurfahanamie88 Takkan siakan Dia ❤️ karena kesempatan takkan dtg kedua kalinya 😘 hargai selagi semua masih Ada didepan mata 😊#Alyamaisara #pesakitIchthyosis #Dalamrawatanpakar #tajaan #einaazman #fypdongggggggg #fypシ ♬ Hal Hebat – Govinda X Ernie Zakri

“Insan yang sangat humble. Membantu tanpa balasan. Melayan tanpa status. Terima kasih untuk segalanya, DP Eina Azman,” tulis wanita yang dipercayai ibu kepada Alya.

Menurut wanita itu, didikan hebat ibunya yang menjadikan Eina seorang anak yang baik.

“Begitu juga dengan Bunda yang sangat-sangat baik melayan kami yang bukan siapa-siapa. Begitu hebat didikan Bunda hingga dapat anak yang sebaik DP Eina Azman,” ujarnya.

Ibu kepada Alya ini turut mendoakan agar dipermudahkan segala urusan buat Eina dan keluarga serta dilancarkan perjalanannya menunaikan ibadah umrah.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen sangat memuji akan sifat Eina yang merendah diri dan sangat baik.

“Baiknya dia. Dah la cantik.

“Masya-Allah bagus Datin Eina ni. Lepas dia kahwin, suka sangat cara dia dengan family dan tak sombong. Baik sangat.

“Allahuakbar mulianya hati DP Eina. Semoga adik cepat sihat,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 3 Nov 2018

Bajet 2019: BR1M Ganti Sara Hidup 4.1 Juta Isi Rumah

Pembentangan bajet 2019 kali ini bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ dilaksanakan bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Kenapa Hairul Azreen Dipanggil Polis

Pelakon lelaki Hairul Azreen telah dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan.

Featured Wed, 8 Feb 2023

Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Wah, kalau betul apa salahnya, hangpa boleh makan nasi minyak🧡

Featured Sat, 27 Sep 2025

Label Individu ‘Selfish’, Syada Amzah Tampil Bersuara – “Kamu Adalah Orang Yang Menelefonku & Aku Menyesal Menjawab Panggilan Itu”

Mengaku trauma, Syada menegaskan, dia sudah tidak mahu terlibat dengan mana-mana masalah rumah tangga rakan-rakannya.

Featured Sat, 5 Feb 2022
error: Content is protected !!