Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 28, 2024 @ 3:25pm

Hadir Ke Famili Duo 4 Bersama… Alif Hadi Masih Baik Dengan Yasmin Hani – “Putus Cinta Bukan Gimik, Tiada Alasan Nak Bermusuh”

Kehadiran pelakon Alif Hadi dan Yasmin Hani ke konsert minggu kedua Famili Duo 4 (FD4) malam tadi mencetuskan tanda tanya kerana mereka baru sahaja putus cinta.

Tidak bermusuhan biarpun hubungan sudah membawa haluan masing-masing, Alif dan Hani yang ditemui XTRA usai konsert FD4 menjelaskan hubungan mereka masih berlangsung dengan baik.

“Tak ada sebab untuk saya bermasam muka dengan Hani, masing-masing bekerja dalam industri yang sama. Saya pun rapat dengan anak-anak Hani.

“Rasanya tidak perlu untuk bergaduh sebab awal-awal kami berpisah secara baik, jadi tiada sebab untuk saya bergaduh atau bermusuh dengan dia.

“Saya bukan kenal dengan dia seorang, saya mengenali tiga orang, termasuk anak-anaknya. Lagi dua orang itu tidak buat salah pun dengan saya.

“Jadi tiada sebab untuk saya mahu bermusuh dengan mereka. Saya fikir lebih baik untuk teruskan berkawan sebab mereka pun rindu dengan saya,” katanya kepada XTRA.

Tambah Hani pula, dua orang anak lelakinya menjadi penyebab mereka masih mengekalkan hubungan baik.

“Anak-anak kerap bertanya mengenai keberadaan Alif, mereka mahu berjumpa dengan Alif untuk meluangkan masa.

“Kami berkawan sebab anak selalu tanya mana Alif, nak jumpa, luangkan masa dan sebagainya. Jadi, kami pun tidak terlalu menghebahkan, malah di khalayak juga tidak bercerita.

“Bagi perancangan akan datang, kami sendiri tidak tahu lagi bagaimana. Tapi sekarang ini, kami boleh katakan sebab anak yang banyak kali hubungi Alif untuk ajak berjumpa dan berborak.

“Allah sahaja yang tahu apa yang bakal jadi di masa hadapan. Siapa tahu mungkin anak menjadi punca kami bersama semula? Kita hanya mendoakan yang terbaik,” kata Hani.

Ditanya adakah kisah putus cinta mereka sekadar gimik, Alif dan Hani pantas menafikan dakwaan terbabit.

Menurut Hani, sejak dahulu dia dan Alif tidak pernah mencipta sesuatu untuk meraih publisiti.

“Kalau orang yang kenal saya dan Alif, kami tidak mecipta sesuatu perkara untuk mendapatkan publisiti atau buat gimik.

“Kami layan diri sendiri dan buat kerja. Kami putus pun tidak dihebahkan, jadi gimik itu bagaimana sebenarnya?

“Semasa saya bercerai dahulu pun, saya hanya diam sahaja. Kami bukan jenis orang yang mahu mendapatkan perhatian atau gimik sebab perkara ini terlalu sensitif buat kami,” kata Hani.

Dalam pada itu, Alif pula menegaskan dia bukanlah oramg yang suka mencipta sensasi demi meraih populariti dan simpati.

“Kalau gimik atau untuk meraih simpati mungkin saya akan buat sebelum Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 ketika fasa mengundi.

“Selepas tamat ABPBH 36 tempoh hari, baru saya umumkan kami sudah putus. Tiada sebab untuk saya buat gimik atau meraih simpati daripada orang ramai. Selama ini pun saya pun bukan jenis orang yang sentiasa mencari publisiti,” katanya lagi.

Terdahulu, Alif mendedahkan hubungan cinta bersama Hani yang terjalin selama tiga tahun, berakhir, kira-kira dua bulan lalu.

Bagaimanapun, Alif yang merangkul trofi Aktor Pembantu Filem Popular ABPBH 36 enggan mendedahkan punca perpisahan mereka.

Sebelum ini, Alif pernah berkahwin dengan wanita daripada keluarga berpengaruh pada usianya masih 20-an, tetapi rumah tangganya hanya bertahan selama tujuh tahun sebelum bercerai pada 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Hiburan Sat, 21 Oct 2023
Hiburan Thu, 8 Feb 2024
Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“Bila Ada Rasa Dengki, Itu Bukan Kawan” – Aznil Akui Hilang Kepercayaan Pada Sahabat, Pengalaman Lama Masih Berbekas

Aznil berkata pengalaman tersebut memberi kesan mendalam sehingga membuatkan dia lebih berhati-hati dalam menerima kehadiran seseorang sebagai teman baik.

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

李佩玲与玛莎携手开唱!1231多元种族跨年盛宴

红遍海内外的两名19岁大马巨肺型歌手李佩玲和玛莎将于12月31日,以其天籁高音唱响云顶云星剧场,与国人倒数迎接全新的2020年!

Events Tue, 25 Feb 2025

Angkat Tema ‘Indahkan Memori’, Media Prima Saji Seleksi Hiburan Eksklusif Ramadan Raya 2025

Selebriti ‘Friends of RaRa’ Meriahkan Acara! Bawa semula rasa kekeluargaan

Featured Tue, 23 Aug 2022

Scammer Kejam! Wanita Kongsi Modus Operandi Wang RM163,000 Lesap Dalam Tempoh 1 Hari Babitkan 4 Buah Bank

Allahuakbar! Moga Allah gantikan rezeki yang berlipat kali ganda buat akak sekeluarga.

Featured Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Muncul Dengan ‘Syarat Cinta’, Lagu Baharu ALVN Cetus Tanda Tanya.. Peminat Syak Sedang Bahagia!

ALVN kembali mencuri perhatian menerusi single terbaharu berjudul Syarat Cinta, sebuah karya yang mengangkat tema cinta yang matang, ikhlas dan penuh kesederhanaan.

error: Content is protected !!