Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2026 @ 4:56pm

Muncul Dengan ‘Syarat Cinta’, Lagu Baharu ALVN Cetus Tanda Tanya.. Peminat Syak Sedang Bahagia!

Selepas agak lama tidak tampil dengan karya solo, penyanyi dan penulis lagu, ALVN kembali mencuri perhatian menerusi single terbaharu berjudul Syarat Cinta, sebuah karya yang mengangkat tema cinta yang matang, ikhlas dan penuh kesederhanaan.

Pelancaran lagu itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat apabila ramai mula membuat andaian bahawa karya berkenaan mempunyai kaitan dengan kisah peribadi ALVN. Malah, ada yang tertanya-tanya sama ada penyanyi itu kini sedang melalui fasa bahagia bersama insan istimewa.

Dihasilkan bersama MsOrangelisa, Syarat Cinta membawa mesej bahawa cinta sejati tidak memerlukan pelbagai syarat atau tuntutan. Sebaliknya, kebahagiaan sebenar hadir apabila dua insan terus memilih satu sama lain setiap hari walaupun melalui pelbagai cabaran kehidupan.

Menurut ALVN, inspirasi menghasilkan lagu tersebut tercetus daripada pemerhatiannya terhadap cara manusia melihat cinta apabila usia semakin meningkat.

“Apabila semakin dewasa, saya melihat cinta daripada sudut yang berbeza. Ia bukan lagi tentang perkara yang rumit atau luar biasa. Bagi saya, cinta boleh jadi sesederhana memilih orang yang sama setiap hari dan terus setia menemani hingga ke penghujung usia,” katanya.

Dengan susunan melodi yang lembut serta lirik yang dekat dengan kehidupan seharian, Syarat Cinta menampilkan sisi ALVN yang lebih matang dari segi penulisan dan penyampaian emosi. Hasilnya, lagu ini mudah dihayati serta mampu menyentuh hati pendengar daripada pelbagai peringkat usia.

Lebih istimewa, Syarat Cinta turut dipilih sebagai lagu tema rasmi drama Viu Original, Ate Kome, I Love You! yang kini sudah mula bersiaran. Pemilihan lagu itu dilihat cukup serasi dengan jalan cerita drama yang mengetengahkan elemen kasih sayang, kekeluargaan dan pencarian makna cinta sebenar.

Projek berkenaan diterbitkan oleh MsOrange Solutions Creative bersama Rhunut Music yang menggabungkan penerbitan muzik dan muzik video dalam satu konsep kreatif menyeluruh, sekali gus menyatukan elemen visual, penceritaan dan muzik.

Muzik video Syarat Cinta turut menjadi perhatian apabila menjalani penggambaran di Kinokuniya Kuala Lumpur. Pemilihan lokasi itu bukan sekadar mencantikkan visual, malah melambangkan penghargaan terhadap budaya membaca, komunikasi yang tulus dan kepentingan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Dipenuhi elemen buku, nota dan tulisan tangan, muzik video tersebut memperlihatkan bagaimana perasaan boleh dizahirkan melalui cara yang ringkas tetapi penuh makna, meskipun dunia hari ini semakin dipengaruhi teknologi.

Menambahkan lagi kesinambungan antara muzik dan drama, muzik video berkenaan turut menampilkan pelakon Siti Khadijah Halim.

Secara keseluruhannya, Syarat Cinta bukan sekadar sebuah lagu romantik, sebaliknya sebuah karya yang meraikan nilai kesetiaan, hubungan sesama manusia dan keindahan memilih untuk terus mencintai insan yang sama setiap hari.

Syarat Cinta kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital, manakala muzik video rasminya boleh ditonton menerusi YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Aug 2019

Mahir Guna Senjata Api, Gadis Mirip Lisa Surihani Ini Jadi Perhatian

Buat wanita berhijab di luar sana, amacam ada bran tak?

Hiburan Fri, 22 May 2026

“Selalu Mengaku Ada Boyfriend, Supaya Selamat Daripada Buaya Darat” – Anzalna Nasir Bersuara Isu Selebriti Diganggu VIP

Anzalna mendedahkan caranya menjaga keselamatan diri daripada tidak diganggu VIP atau individu berstatus suami orang adalah dengan sentiasa memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki

Hiburan Tue, 15 May 2018

Proses Rakaman Lagu Sajat Memang Wow!

Bukan main lagi kan, siap dapat pujian daripada Rudy lagi. Tapi, apa pulak kata Kelly terhadap lagu Sajat ni?

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Hefny Sahad Teruja Tapi Tak Berharap

Mengusik soal jodoh pula, Hefny memberitahu dia kini dalam fasa memulakan hidup baru selepas putus cinta dengan pelakon Uqasha Senrose lapan bulan lalu.

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Erysha Emyra Risau Kes Buli & Jenayah Sekolah Semakin Parah – “Didikan Di Rumah Sangat Penting”

Erysha Emyra risau keselamatan adik-beradik yang masih kecil di sekolah

Program TV Tue, 30 Nov 2021

Ada Dinobat Sebagai Juara Idola Kecil Di Rumah, Bawa Pulang RM20,000!

Selepas lapan minggu bersiaran, program Idola Kecil Di Rumah telah sampai ke penghujungnya pada hari Ahad yang lepas 28 November 2021 dan menobatkan Adaputra Iskandar Danial Asdahrizam (Ada) bergelar juara. Peserta berusia 11 tahun yang […]

Trending Fri, 4 Oct 2019

1,111 Metres Water Slide in Penang is So Crazy that It Set a New Guinness World Record

Even on the shortest of water slide we’ve already wet our pants, imagine how insane it would be sliding down a 1.1km one!

Featured Sat, 27 May 2023
error: Content is protected !!