Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 17, 2025 @ 1:02pm

Erysha Emyra Risau Kes Buli & Jenayah Sekolah Semakin Parah – “Didikan Di Rumah Sangat Penting”

Pelakon, Erysha Emyra mengakui semakin gusar dengan peningkatan kes buli dan jenayah di sekolah, terutama selepas beberapa insiden serius membabitkan pelajar tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Katanya, sebagai kakak yang masih mempunyai adik berusia sembilan tahun, dia tidak dapat menyembunyikan rasa takut apabila memikirkan keselamatan adik-beradiknya pada zaman sekarang.

“Saya pun risau sebab masih ada adik-beradik kecil. Kadang-kadang rasa takut bila tengok berita tentang kes buli atau jenayah yang berlaku di sekolah,” katanya.

Menurut aktres drama popular Aku Bukan Ustazah ini, punca kepada masalah sosial seperti ini sering kali berkait rapat dengan didikan dan pengawasan di rumah.

“Saya percaya segalanya bermula dari rumah. Kalau dibesarkan dengan cara yang betul, anak-anak akan tahu beza mana baik, mana salah.

“Tapi sekarang pengaruh media sosial dan televsyen (TV) pun kuat. Ada yang boleh dijadikan pengajaran, tapi tetap kena ada pemantauan,” jelasnya.

Pemilik nama penuh Nur Erysha Emyra Zakaria, 26, ini juga berpendapat, ibu bapa dan orang dewasa perlu memainkan peranan penting dalam menjelaskan mesej sebenar di sebalik apa yang ditonton anak-anak.

“Benda yang nampak biasa di TV tak semestinya betul. Kena terangkan pada mereka kenapa perbuatan itu salah dan apa akibatnya,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam masa sama, Erysha berkata dia sering menasihati adik-adiknya supaya belajar mengawal emosi serta bijak menangani konflik di sekolah.

“Saya suka tengok mereka belajar berdikari dan kenal diri sendiri. Tapi saya selalu pesan, kalau ada masalah dengan kawan, jangan terus salahkan orang lain.

“Tanya diri sendiri juga, mungkin kita ada buat silap. Kena faham, setiap cerita ada dua sisi,” katanya.

Sebelum ini, beberapa kes jenayah membabitkan pelajar termasuk kes rogol dan bunuh yang berlaku di sekolah menimbulkan kebimbangan ramai terhadap tahap keselamatan dan moral remaja masa kini.

Dalam perkembangan lain, Erysha kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Satu Dua… Dia? arahan Datuk Yusry Abdul Halim, yang bakal ditayangkan di platform Viu mulai 23 Oktober ini.

Drama berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Ariel Fesol, Zarif Ghazzi, Afiq Gamidon, Rizal Rasid dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Sep 2021

Pendakwah Terkenal Zakir Naik Cari Calon Menantu

Pendakwah terkenal, Zakir Naik mengumumkan beliau ingin mencari seorang calon isteri untuk anak lelakinya, Fariq Naik. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Zakir memuat naik sebuah poster yang turut menyenaraikan ciri-ciri calon wanita yang bakal […]

Trending Tue, 25 Sep 2018

Bila Masa Dalam Negeri Johor Surat Rasmi Ditulis Dalam Dua Bahasa?

Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya, jangan pisang berbuah dua kali,”

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Trending Tue, 9 Jul 2019

Tahukah anda apa itu Wolbachia?

Ketahui strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan.

Trending Wed, 22 Jul 2020
Hiburan Wed, 4 Sep 2024

[VIDEO] Nama Yuna Pernah Disenarai Hitam Di Kanada

Fuhhhh, jangan main main ek kena senarai hitam

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

“Saya Tak Hirau Dan Tak Nak Ambil Tahu!” – Ibu Arwah Abam

Moga yang baik-baik sahaja buat keluarga ini.

error: Content is protected !!