Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 25, 2025 @ 10:35am

Angkat Tema ‘Indahkan Memori’, Media Prima Saji Seleksi Hiburan Eksklusif Ramadan Raya 2025

Dalam suasana penuh berkah menyambut Ramadan,  TV3, TV9, dan Tonton dengan bangganya mempersembahkan kempen Ramadan Raya 2025 (RaRa 2025) yang bertemakan Indahkan Memori.

Menawarkan pelbagai hiburan eksklusif serta pengalaman menarik yang pasti akan menceriakan serta menghidupkan semangat Ramadan dan Syawal, tema ini dipilih bagi menghargai kebersamaan dari momen berbuka puasa sehingga kemeriahan menyambut lebaran.

Kempen Indahkan Memori ini dilancarkan dengan penuh kemeriahan bertempat di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur.

Dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Fiza Sabjahan, acara ini menjadi semakin meriah dengan sokongan daripada Gardenia NuMee.

Kemeriahan acara diserikan lagi dengan kehadiran selebriti-selebriti popular dari program dan drama RaRa seperti Eirma Fatima, Amir Ahnaf, Puteri Balqis, Ummi Nazeera, Aqasha, Siti Hariesa, Dato’ Adi Putra, Jazmy Juma, Fedtri Yahya, Amira Othman, Dayah Bakar, dan ramai lagi.

Menurut Pengurus Besar Kandungan TV3, Maria Zul Amran pilihan dibuat berdasarkan personaliti para pelakon.

“Mereka sentiasa menunjukkan identiti yang baik, begitu juga mereka yang dah berkeluarga yang sentiasa meluangkan masa dengan anak, memang sesuai dengan tema pada tahun ini,” katanya.

Selebriti ‘Friends of RaRa’ Meriahkan Acara! Bawa semula rasa kekeluargaan

Kempen Indahkan Memori 2025 berseri dengan kehadiran ‘Friends of RaRa’ (Friends of Ramadan Raya) sebagai wajah rasmi, yang menghimpunkan barisan selebriti terkenal seperti Fasha Sandha, Aidil Aziz, Aisha Amaira, Farah Nabilah Wazer, Naz Rahman, Fatin Hamimah, dan Amirulhakim Lokman.

Kehadiran mereka tidak hanya untuk menarik perhatian, tetapi juga untuk mengimbau kenangan manis bersama Media Prima serta membawa semula rasa kekeluargaan dan tradisi yang telah lama terukir.

Malah, ia bertujuan menyatukan generasi melalui kisah-kisah peribadi yang menyentuh, sekaligus mengukuhkan identiti Media Prima sebagai pusat hiburan dan perayaan yang penuh kehangatan.

Acara semakin meriah apabila kumpulan lawak popular, Senario membuat persembahan pembukaan dengan lagu raya hit mereka berjudul, Sebelum dan Sesudah’.

Selain Senario, pemenang tempat kedua One In A Million iaitu Jimi, Ernie Zakri dan Shiha juga turut memeriahkan persembahan.

 

Program Menarik Sepanjang Ramadan dan Syawal!

Pelbagai program menarik telah disusun khas untuk menghiburkan dan memberi inspirasi kepada penonton sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini.

Dari rancangan bual bicara yang sarat dengan pengajaran, hiburan, gaya hidup, drama, hingga siri mini yang menyentuh emosi, setiap program menyampaikan naratif bermakna dan mesej yang mendalam untuk dinikmati bersama.

Berikut adalah beberapa program yang akan menemui penonton di TV3, TV9, dan Tonton:

1. Inspirasi & Bual Bicara:
– Al-Kuliyyah
– Tanyalah Ustaz: Diari Muslim
– Sembang Sahur
– Keluarga Tanyalah Ustaz Berhari Raya
– MHI: Istimewa Aidilfitri
– 10 Malam Terakhir

2. Hiburan & Gaya Hidup

– Anak Mama Masak Apa Tu?

– Menu Sihat Ramadan
– Oh Mummy!
– Famili Duo Raya

3. Drama & Siri Mini:
– Akasia: Bukan Sekadar Lafaz 2
– Keluarga Itu
– Samarinda: Teratak Kasih Salina
– Samarinda: Sekam Di Dada
– Akasia: Calon Isteri Buat Suami
– Samarinda: Dari Rahim Yang Sama
– Siri Mini: Desa Boy
– Tonton Original Series: BRU

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program di TV3, TV9 & Tonton, pastikan anda mengikuti laman media sosial rasmi kami di Facebook, Instagram & Twitter, @TV3Malaysia, @TV9Malaysia, @TontonMY. Jom #IndahkanMemori dan abadikan momen terindah bersama TV3, TV9, dan Tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

‘Kau Artis Ke Kau Siapa, Ada Aku Kisah?’, Kokom Sentap Dengan Penyanyi Senior?

Sabarlah ya Kokom. Adat hidup, bukan semua orang akan suka hasil kerja atau diri kita walau bagus macam mana sekalipun. ‘Usik-usik’ manja je tu…

Selebriti Sun, 17 Apr 2022

Suki Low Kembali Dengan Single Terbaharu, Nelangsa

Lagu OST filem pertama buat Suki Low

LIFESTYLE Mon, 2 Jul 2018

Ronaldo Terus Tinggal Di Russia?

Pelukis mural, Yulia Antipova telah mengabadikan wajah pemain terbaik dunia itu di salah sebuah dinding di kejiranan bandar berkenaan.

Trending Mon, 12 Mar 2018

‘Nyawa-nyawa Ikan’, Toys ‘R’ Us Siap Sedia Ditutup?

Bagaimanapun sepanjang musim cuti panjang lalu, syarikat itu masih gagal memberi keyakinan terhadap masa depan syarikat permainan tersebut…

Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Ella, Hujan, Bunkface Hiburkan Peminat Di Konsert Haus Boom Music 2019

Harga jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone) dan boleh dibeli menerusi aplikasi TicketApps bermula 18 Oktober ini.

Featured Thu, 10 Oct 2024

Anak Maut Dirempuh SUV, Penolong Pengarang BH Patah Balik Dari Umrah Demi Tatap Wajah Arwah

Allahu, baru je seminggu depa hantar masing-masing pergi belajar😰💔

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Ummi Nazeera Kongsi Detik Cemas

Ummi Nazeera Kongsi Detik Cemas Lahirkan Ayra Aneesah

Trending Thu, 6 Jul 2023

Papar Sengketa Pelajar Sekolah, Bintang Cheongdam High School International Kongsi Pengalaman

Mencabar betul pengalaman Ye Rim dan Eun Saem.. Agaknya siapa pembunuh sebenar?

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Tue, 9 Dec 2025
error: Content is protected !!