Euforia Bola 2026
Acara By: Yanie Baharom October 8, 2018 @ 12:04pm

Hadir Memukau, Laluan Permaidani Merah ABPBH31 Milik 3F – Fattah, Fazura Dan Fasha

Bukan saja meraih kemenangan besar di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, malam tadi, dengan membawa pulang keseluruhan lima trofi, pasangan suami-isteri sensasi, Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin paling memukau di sesi permaidani merah ABPBH.

Acara gilang-gemilang bertemakan Infiniti yang berlangsung di dewan utama Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu, menyaksikan pasangan sama cantik sama padan itu yang mengenakan busana sentuhan Rizman Ruzaini, hadir berpimpinan tangan, malah kemunculan mereka itu menerima sorakan gamat peminat.

Foto: Instagram ABPBH31

Sesi permaidani merah ABPBH31, sememangnya berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan sorakan peminat yang teruja melihat barisan artis kesayangan melintasi laluan tumpuan itu.

Selain Fazura dan Fattah, turut mencuri tumpuan pelakon, Fasha Sandha yang bergaya mengenakan gaun hitam berkilau juga rekaan Rizman Ruzaini.

Foto: Instagram ABPBH31

Dia yang ditemani Aidil Aziz, diberi penghormatan melalui permaidani merah bersama penaja utama ABPBH31, Datuk Alha Alfa.

Lebih menggamit perhatian apabila calon kategori Pelakon TV Wanita Popular itu turut ditemani adiknya, Elisya Sandha yang memakai persalinan hampir sama umpama pasangan kembar.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Mencuri tumpuan lensa malam itu tentunya pasangan dikatakan bercinta iaitu pelawak, Zizan Razak dan Mira Filzah yang hadir mengenakan persalinan rona sedondon, light grey!

Foto: Instagram ABPBH31

Antara artis lain yang turut menerima sorakan ramai adalah Nabila Razali, Rita Rudaini, Amy Mastura, Amelia Henderson, Zul Ariffin, Zahirah MacWilson, Sangeetha, Sarah Suhairi, Khai Bahar, Wany Hasrita, Siti Nordiana, Emma Maembong dan Aiman Tino.

Foto: Instagram ABPBH31

Foto: Instagram ABPBH31

Foto: Instagram ABPBH31

Foto: Instagram ABPBH31

Foto: Instagram ABPBH31

Foto: Instagram ABPBH31

Foto: Instagram ABPBH31

Foto: Instagram ABPBH31

Foto: Instagram ABPBH31

Foto: Instagram ABPBH31

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Jun 2018

Selebriti Antarabangsa Yang Khabarnya Komited Menjalani Ibadah Puasa

Status sebagai Muslim bukan sekadar pada nama, malah selebriti dari pelbagai arena ini turut berperanan menyampaikan teladan dan dakwah tentang puasa Ramadan kepada komuniti global.

Featured Fri, 19 Jun 2026

“Dia Jeling & Marah Kita Balik”- Kamal Adli Kongsi Pengalaman Berdepan Peminta Sedekah 

Kamal Adli berkongsi antara pengalamannya berjumpa peminat sedekah selepas seorang individu lelaki berkongsi perkara sama menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.

Featured Thu, 22 Jul 2021
Drama Wed, 13 May 2026
Featured Fri, 30 Aug 2024

“Saya Masih Tak Layak Jadi Pengganti Maya Karin” – Anna Jobling

Wah, seram juga ek tengok Anna berlakon dalam filem Lembayung tu😱

familuv Fri, 6 Jan 2023

“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.   View this post on Instagram   […]

Featured Wed, 16 Oct 2024
Featured Tue, 23 Aug 2022

Maid Lari Tinggalkan Anak Sendirian, Ezzaty Abdullah Tertekan Sampai Susu Badan Kering

Kalau min dapat maid macam ni sampai lumat min kerjakan 😤🤣

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Sweet! Gelagat Anna Jobling & Meerqeen Nyanyi Sambil Pakai Pyjamas Sedondon Raih Perhatian

Umum mengetahui, pasangan serasi drama Anna Jobling dan Meerqeen sedang berada di set penggambaran drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini. Artike Berkaitan: Tak Sabar! ‘Melur Untuk Firdaus Season 2’ […]

error: Content is protected !!