Euforia Bola 2026
familuv By: Halimey Zamal January 6, 2023 @ 2:20pm

“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Terbaharu, Ismail Sabri memuat naik satu hantaran di Instagram, memaparkan dia sedang bercuti di United Arab Emirates (UAE) bersama keluarga.

“Langkah London?

“Ini namanya langkah keluarga di Dubai. Dubai tu di UAE bukan London.

“Kalau di London tentu kami dah beku kesejukan sebab London tengah musim sejuk,” tulis Ismail.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Sementara itu, beliau mengakui dirinya lebih tenang bersama keluarga tanpa perlu memikirkan urusan politik tanah air.

“Lapang kepala, tak serabut dengan masalah politik.

“Tak serabut dengan masalah kerajaan dan paling penting ada cucu yang menjadi penghibur,” tulisnya lagi.

Menelusuri ruangan komen, warganet meluahkan rasa gembira melihat Ismail Sabri bersama keluarganya dan ada juga yang memuji kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri sewaktu memegang tampuk pemerintahan negara.

“Ex PM yang buat kerja dengan baik sekali.

“Kami suka datuk sebagai PM kami, paling cool.

“Alhamdulillah, rehat lah dulu. Terbaik Ex PM selalu merendah diri dan tak tamak pangkat,” komen netizen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Sep 2025
Featured Tue, 4 Jul 2023
Hiburan Sat, 30 Nov 2024

Dulu Aktif Sebagai Pelakon, Kini Maju Sebagai Usahawan… Bkay Nair Bakal Hasilkan Filem Dokumentari Seni Batik

Bkay Nair bakal menerbitkan sebuah filem dokumentari mengenai seni batik.

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Mahu All Out Untuk ‘Zharfa’, Kaka Azraff Kerja Dalam Pantang?

Kalau ikutkan hati, saya memang mahu sertai sesi promosi filem ini cuma…

LIFESTYLE Thu, 6 Sep 2018

Lepas Nasi Lemak, Kondom Perisa Teh Tarik Pula Di Pasaran?

Produk terbaru ini dibungkus dalam tiga paket dengan rekaan bungkusan super kreatif. Dijual pada harga RM 8.40 sahaja, kondom perisa teh tarik ini juga sudah mula jadi bualan di media sosial. 

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Kisah Viral Mon, 18 Apr 2022
error: Content is protected !!