Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 19, 2026 @ 1:16pm

“Dia Jeling & Marah Kita Balik”- Kamal Adli Kongsi Pengalaman Berdepan Peminta Sedekah 

Pelakon Kamal Adli berkongsi antara pengalamannya berjumpa peminat sedekah selepas seorang individu lelaki berkongsi perkara sama menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.

Kata individu berkenaan, ini bukanlah kali pertama dia terkena dengan aktiviti kanak-kanak berkenaan, namun kali ini kanak-kanak tersebut enggan menghampirinya kerana takut dek kerana lelaki itu memakai pakaian beruniform.

“Budak lelaki tu tak ada, ni perempuan pula minta sedekah. Rasanya adik-beradik.

“Tapi kali ini dia tak berani datang nak minta duit sebab saya pakai baju yang dia takut.

“Tapi itulah, orang kita terlalu pemurah suka bagi duit, jadi mereka ni naik lemak. Hari-hari minta, entah-entah lagi kaya dari kita,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan meraih perhatian Kamal yang turut mengakui pernah berdepan situasi sama ketika berdepan individu yang meminta sedekah di tempat awam.

Menurut Kamal, situasi itu menjadi kurang menyenangkan apabila ada segelintir golongan ini menunjukkan reaksi kurang sopan selepas permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Saya ada pengalaman macam ni. Kita kan dah jarang bawa duit cash. Jadi saya tak ada cash jadi saya cakaplah baik-baik, ” Sorry tak ada duit”. Dia boleh jeling dan marah kita balik. Nasib kita ni ada darah penari,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Wed, 18 May 2022
Hiburan Fri, 6 Jun 2025

[VIDEO] “Kalau Sangkut Dalam Satu Plot, Kau Tak Layak Hidup” – Sharnaaz Ahmad Pesan Jangan Terlalu Berduka Bila Putus Cinta

Sharnaaz Ahmad anggap setiap individu dalam hidup hanya satu babak, tak kekal selamanya

Featured Wed, 21 Sep 2022
Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Baju Kahwin Elfira Cecah RM30,000 Digayakan Cuma Sejam

Wow, RM 30,000 sejam untuk persalinan busana tradisional yang direka khas buat Elfira

Trending Tue, 1 Oct 2019

Saman ‘Mat Delivery’ Kerana Lambat Hantar ..

hanya kerana lambat menerima barang yang dipesan, terus nak saman ! Tapi kenapa ya ?

Contest Wed, 30 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票

xtra好康头 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票,让你现场一睹半决赛各技艺精湛的舞狮。

error: Content is protected !!