Hiburan By: Padin January 28, 2024 @ 8:40am

“Anak Diambil Ketika Saya Berada Dalam Penerbangan Tanpa Izin & Pengetahuan” – Terkesan ‘Hilang’ Musa Selama Lebih 3 Minggu, Mizz Nina Akhirnya Buka Mulut

Selebriti popular, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, terkesan dengan kehilangan anak angkatnya, Musa selama lebih tiga minggu tanpa keizinan dan pengetahuannya, lebih-lebih lagi perkara itu berlaku semasa dia tiada di Malaysia.

Menggunakan saluran undang-undang, Nina tidak dapat bertemu atau berkomunikasi dengan Musa sepanjang tempoh terbabit.

Menerusi pertemuan dengan XTRA, aktivis kemanusiaan itu hanya mahu menceritakan kejadian sebenar kerana selama ini, Nina tidak pernah berkongsi apa-apa perkara mengenai isu yang melibatkan bekas suaminya, baik kepada pemberita atau di media sosial.

“Semua orang kenal bahawa saya seorang yang sangat perahsia. Selepas kejadian itu berlaku, saya memang berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Selepas kami bercerai, saya tidak pernah mendedahkan apa-apa atau membuka aib sesiapa, terutama bekas suami. Tapi kini, saya mahu menerangkan situasi sebenar apa yang berlaku,” kata Nina kepada XTRA sambil menyeka air mata.

Menurut Nina, kejadian anaknya dilarikan dari rumah tanpa keizinan dan pengetahuan berlaku pada 19 Disember tahun lalu dan pada ketika itu, dia berada dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

“Musa dibawa keluar dari rumah saya tanpa izin pada 19 Disember 2023 ketika saya dalam perjalanan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja. Waktu itu saya masih dalam penerbangan

“Bila saya selamat mendarat, saya diberitahu (oleh pengasuh), bahawa Musa telah dibawa keluar dari rumah dan diserahkan kepada bekas suami. Musa dibawa keluar oleh pengasuh yang bekerja dengan saya sepenuh masa.

“Pengasuh merupakan seorang wanita warga tempatan yang berusia 30-an. Sehingga kini saya tidak dapat menjejakinya. Hilang.

“Selepas saya dapat tahu Musa kena bawa keluar, saya terus mengambil penerbangan untuk kembali ke Malaysia kerana bimbang dengan keselamatan Musa.

“Boleh bayangkan perasaan saya ketika itu? Selama lebih tiga minggu saya terpisah dengan Musa dan tidak tahu di mana dia berada. Saya tidak dapat berkomunikasi dengan Musa langsung.

“Bayangkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun, dibawa keluar dari rumah sendiri. Keadaan itu membuatkan dia trauma.

“Sebagai ibu, sudah tentu saya bimbang dengan keselamatan anak saya. Selama lebih tiga minggu saya tidak mendengar khabar berita tentang Musa. Akhir sekali, apa yang boleh saya lakukan adalah dengan menggunakan saluran undang-undang,” katanya.

Dakwa Nina, perkara yang menguatkan tuntutannya ke atas Musa adalah kerana dia mempunyai semua dokumen berkaitan anak angkatnya itu, termasuk berkaitan undang-undang syariah untuk membawa perkara tersebut ke tengah.

“Itu yang membuatkan saya dapat kembali Musa selepas dia diambil dengan cara yang tidak betul.

“Saya percaya perbuatan yang dilakukan oleh bekas suami seakan dirancang sejak awal dan hanya menunggu masa yang tepat untuk mengambil Musa dari jagaan saya, ketika saya berada di luar Malaysia.

“Sebelum dia melakukan kerja gila ini, bekas suami telah merancang terlebih dahulu. Perkara itu membuatkan saya kesal, sebab Musa dibawa lari ketika saya tiada. Saya rasa terkesan dan tertekan apabila berjauhan dengan anak saya selama lebih tiga minggu,” kata Nina lagi.

Dalam pada itu, Nina turut menjawab tuduhan bekas suami yang mendakwa sukar untuk berkomunikasi dengannya ketika mahu mengambil semula Musa.

“Sebelum adanya perintah mahkamah, wujud komunikasi dan dia ada bertanya sama ada dia boleh jumpa Musa dan kemudian tiba-tiba tak boleh sebab dia sibuk.

“Namun dari segi komunikasi, dia bukan mahram saya, jadi tidak sesuai untuk bukan mahram menghubungi saya.

“Dalam Islam, perkara itu salah. Kalau dia mahu berkomunikasi, lebih baik berhubung dengan mahram saya iaitu suami (Essam Muhammad) atau bapa saya,” katanya.

Memanjatkan rasa syukur apabila Musa telah pun kembali ke pangkuannya, Nina turut melahirkan rasa kesal apabila bekas suami melanggar perjanjian apabila bertindak berkongsi wajah kanak-kanak itu untuk tatapan umum.

“Saya syukur Musa telah kembali kepada saya. Namun, saya kesal dan bimbang apabila bekas suami melanggar perjanjian untuk tidak mendedahkan wajah Musa kepada umum.

“Macam-macam perkara boleh berlaku seperti
kes culik dan sebagainya. Saya sangat bimbang dengan keselamatan Musa sekarang. Sebelum ini pun, saya tidak pernah berkongsi identiti atau wajah sebenar Musa untuk tatapan umum. Kalau saya kongsikan sekali pun, saya tidak akan dedahkan muka Musa,” kata Nina.

Dalam pertemuan itu juga, Nina berkata buat masa ini dia tidak ada apa-apa tuntutan ke atas bekas suami kerana dia hanya mahu berkongsi keadaan dan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku.

“Saya tidak pernah kongsikan tentang perkara ini. Jadi tujuan saya memberitahu perkara ini adalah untuk menjelaskan mengenai keadaan sebenar, apa yang telah berlaku. Buat masa sekarang, saya tidak ada apa-apa tuntutan ke atas bekas suami,” katanya.

Dalam pada itu, Nina turut memuat naik kenyataan di Instagram miliknya menerangkan mengenai isu yang terjadi.

Terdahulu, ibu kandung kepada Musa, Athira (bukan nama sebenar) menafikan dakwaan telah memberi keizinan kepada penyanyi Noh Salleh untuk mendapatkan Musa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Kandung Musa Tampil Buka Mulut, Bidas Noh Salleh – “Saya Rasa Dimanipulasi & Digunakan Untuk Kepentingan Dia”

Athira sewaktu ditemui XTRA mendakwa dia telah dimanipulasi dan dipergunakan Noh, untuk kepentingan sendiri bagi mendapatkan Musa yang dibawa keluar dari rumah Nina dengan bantuan seorang pengasuh.

Athira menuntut agar Noh menadik balik kenyataan di Melodi TV3, memohon maaf serta memadam gambar Musa di media sosial dalam tempoh 24 jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Noh Salleh Buat Permohonan Maaf! Dedah Tidak Tahu Perjanjian Yang Dibuat Oleh Mizz Nina & Ibu Kandung Musa

Dalam pada itu, Noh tampil mendedahkan dia tidak tahu mengenai perjanjian antara Athira dan Nina mengenai wajah Musa namun dalam masa yang sama, vokalis kumpulan Hujan itu tampil memohon maaf.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Oct 2021

Teruja Dapat Kek Birthday Dari Jiran, Reaksi Budak Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Bak kata pepatah, jiran sepakat membawa berkat. Jiran adalah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita dan penting dalam kehidupan kita. Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang bernama @imanfauzi97 telah memuat naik sebuah video di aplikasi […]

Hiburan Thu, 3 Nov 2022
Trending Thu, 21 Jun 2018

Harga RON 95, Diesel Kekal

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

丁文琪初见儿子嘟嘴哭了「好像林宥嘉」

丁文琪2017年和林宥嘉结婚后,隔年就宣布怀上男宝宝的喜讯,令人又惊又喜。她目前约怀孕5个多月,19日晒出超音波照,她坦言,第一次见到肚中儿子的嘟嘟嘴,一边笑说好像老公,一边又忍不住流下感动泪水。

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Bekas PRO Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Bahanordin Deraman…

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

OT8 Reunited and Got SONEs Emotional, Following Tiffany’s Birthday

It was such an emotional day for SONEs all over the world.

Trending Tue, 13 Oct 2020