Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops April 11, 2018 @ 8:56am

Chacha Maembong Mengaku Dirinya Memang Liar!

Setiap orang mempunyai personaliti dan pandangan yang tersendiri. Walaupun rambut sama hitam, hati lain-lain. Begitulah pepatah yang sesuai dikaitkan dengan pelakon muda, Chacha Maembong yang sering terpalit dengan cerita panas lagi sensasi.

Gadis berusia 22 tahun ini sendiri mengakui sering dilabel liar, namun tidak mengendahkan kritikan tersebut. Baginya, dia memang liar jadi buat apa nak sembunyikan perangai sebenar dia? Chacha lebih selesa untuk menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit.

Chacha Maembong juga mempunyai adik beradik selebriti yang lain. Mengatakan bahawa dirinya memang liar dan dia bukanlah seperti kakaknya, Emma Maembong. Walaupun kadang-kala kecewa dengan sikap segelintir pihak yang sering mengkritik dan cuba menjatuhkannya, Cacha sedia menerimanya dengan positif. 

“Kata benci saya, tapi kenapa like juga foto saya? Haters tu adalah fans saya sebenarnya!” jelasnya.

Bagi Chacha, karier selama 7 tahun itu memang ada tenggelam timbulnya, namun Chacha berpegang kepada semangat dan sokongan keluarga sahaja. Hanya keluarga yang benar-benar mengenali dirinya. Maka, dia tidak kisah pun dengan tanggapan orang lain.

Chacha berharap peminatnya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kerjaya dan hidupnya. Walaupun sering dikecam, Chacha juga bersyukur kerana peminat masih menerimanya dalam dunia hiburan tanah air. Tanpa peminat, Chacha takkan mampu pergi sejauh ini.

Ditulis oleh: Nur Nasuha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 11 Jun 2025
Featured Fri, 26 May 2023
Featured Fri, 17 Feb 2023
Featured Fri, 27 Feb 2026

Uyaina Arshad Tak Ada Niat Guris Hati Pejuang TTC – “Saya Tidak Membandingkan Apatah Lagi Memperkecilkan”

Uyaina tampil memohon maaf secara terbuka kepada golongan wanita yang sedang berusaha untuk hamil susulan perkongsiannya mengenai ‘Pejuang Garis Satu dan Dua’.

Hiburan Thu, 15 Jan 2026

Demi Satu Babak, Hafiz Nafiah Terharu Pelakon & Kru Filem ‘Mak #SalamDariSyurga’ Sanggup ‘Berkampung’ Dalam Hutan

Hafiz Nafiah berdepan cabaran tersendiri untuk menyiapkan filem Mak #SalamDariSyurga

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Amira Othman Bakal Adakan Showcase Pertama Selepas ‘Dilamar’ Pihak Pengurusan Fattah Amin

Amira Othman bakal adakan showcase di bawah pengurusan Fattah Amin

Contest Wed, 16 May 2018

#xtra好康头 | 送你《娱协30》颁奖典礼入门票

[xtra好康头] 配合《娱协30》颁奖典礼将于2018年5月26日(星期六),晚上7时,在Sunway Pyramid Convention Center举行,xtra将送你入门票,赴一场属于本地的中文音乐盛宴。

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Che Ta Lega Tiada GST?

Che Ta enggan mendedahkan jumlah derma yang akan dihulurkan kerana menurut beliau apa yang dilakukan bukanlah paksaaan tetapi rasa tanggungjawab beliau sebagai rakyat Malaysia

error: Content is protected !!