Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 11, 2021 @ 8:30pm

Isu Kru Dijangkiti Covid-19, Pelakon Positif Dadah: “Kerajaan Bagi Kebenaran, Patuhi SOP” – Fadzil Teh

“Saya harap isu yang timbul tidak membuatkan pihak berwajib menarik balik kebenaran untuk kami meneruskan penggambaran,” begitulah kata-kata penerbit popular, Fadzil Teh ketika diminta mengulas mengenai dua insiden yang sedang hangat diperkatakan melibatkan warga industri kreatif.

Insiden membabitkan dua produksi berasingan yang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak menarik perhatian ramai.

Insiden pertama melibatkan dakwaan mengenai tenaga kerja yang pulang ke Kuala Lumpur selepas mendapati tujuh orang dalam produksi tersebut sudah dijangkiti Covid-19.

Timbul dakwaan terdapat antara mereka yang terbabit sengaja memberi info tidak benar kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila disoal semata-mata untuk melepaskan diri.

Insiden kedua pula melibatkan seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun bersama pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar.

ARTIKEL BERKAITAN: Positif Dadah: Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan Di Kuala Kangsar

“Kadang-kadang, ada antara kita alpa dan ada segelintir pihak tidak ambil berat mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Saya juga keliru kerana setiap produksi ada melantik Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang mendapat perakaun khas dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“PPP bertanggungjawab bagi memastikan pematuhan Protokol Gelembung Penggambaran dan semua SOP yang ditetapkan dipatuhi oleh pihak produksi. Mungkin ada salah silapnya tetapi perkara ini harus dijadikan pengajaran.

“Berkenaan dengan kes dadah pula, saya sendiri tak faham kenapa ada segelintir pekerja industri kreatif memang tak boleh lari daripada masalah tersebut.

“Ibarat tak boleh dipisahkan… Saya rasa kasihan dengan pelakon dan krew lain dalam produksi yang terbabit kerana insiden ini pastinya menyusahkan ramai pihak.

“Saya berharap ia tidak menjejaskan penerbit dan produksi yang lain kerana industri kreatif baru sahaja nak bernafas.

“Lama nak tunggu kerajaan benarkan sektor kreatif beroperasi semula, jadi apabila kebenaran diberikan, janganlah persiakan ia, patuhilah SOP,” kata Fadzil ketika dihubungi Xtra.

Dalam perkembangan lain, pemilik rumah produksi Zeel Productions itu kini sedang giat menyiapkan drama bersiri Tahyul yang bakal bersiaran di slot Samarinda TV3.

“Alhamdulillah, kini semuanya kembali pulih. Penggambaran sudah lama tertangguh akibat wabak dan kami mengejar masa untuk menyiapkan projek ini. Namun begitu, itu bukan alasan untuk kami abaikan SOP.

“Insya-Allah, kami akan pastikan semua peraturan dipatuhi dan penggambaran berjalan lancar,” katanya lagi,

Tahyul menampilkan lakonan bintang muda iaitu Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Ahmad Adly dan ramai lagi.

Naskhah ini bakal menemui peminat bermula esok, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Aug 2021

Banjir Yan: 3 Lelaki Maut, 3 Lagi Mangsa Masih Hilang

Tiga mangsa ditemukan meninggal dunia di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, Kedah yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air pada petang Rabu. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat […]

Trending Fri, 16 Oct 2020
Trending Thu, 9 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Syarat Kemaskini Permohonan Baru

Buat pemohon BSH Fasa ketiga!

#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

Jarak Usia 9 Tahun, Dai Syed Bergelar Suami Hana Ismail Dengan Sekali Lafaz

Pendakwah selebriti, Dai Syed, 27, sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pengacara televisyen, Hana Ismail, 36. Majlis akad nikah dijalankan di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada jam 11.40 […]

Hiburan Thu, 11 Dec 2025
Featured Mon, 18 Apr 2022
Featured Fri, 10 Jun 2022

[VIDEO] “Seluar Adik Siapa Rembat Tu?” – Kongsi Video Karaoke Tapi Outfit Hawa Rizwana Curi Tumpuan & Dikritik Netizen

Hawa terima teguran dan memohon maaf jika video tersebut menyinggung mana-mana pihak

Events Sat, 24 Aug 2024

“Kami Tidak Perlu Tukar Kerana Mahu Nilai Eksklusiviti…” – De Fam Nekad Kekalkan Lirik & Susunan Muzik Lagu Alamak Raya Lagi!

Setuju, better tak payah tukar… lagu tu dah sebati dah untuk Raya yang tiba-tiba 🤣🤣🤣

error: Content is protected !!