Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 27, 2025 @ 1:49pm

Alif Satar Yakin Naz Rahman & Sissy Imann Ada Kekuatan Tersendiri, Mampu Bawa Perubahan Di AJL39

Pengacara tersohor, Alif Satar menyifatkan pemilihan Naz Rahman dan Sissy Imann sebagai hos utama Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada 16 Februari ini mampu membawa pembaharuan.

Alif yang pernah mengendalikan beberapa edisi AJL sebelum ini merasakan Naz dan Sissy memiliki kekuatan tersendiri dalam bidang masing-masing.

“Saya sendiri pernah menonton dan mempelajari cara Naz mengacara. Bagi saya, dia seorang pengacara yang lancar, berpengalaman, bergaya, kelakar dan dalam masa yang sama sangat formal. Dia juga mampu mengawal pelbagai jenis penonton dengan baik.

“Sissy pula, saya pernah bekerja dengan dia. Saya ada pada permulaan kariernya sebagai penyanyi dan kami juga pernah mengacarakan program Muzik-Muzik bersama beberapa tahun lepas.

“Sissy ini cukup berbakat dalam muzik, boleh bermain gitar, piano, dan sangat memahami apa yang dibicarakan. Sebagai pengacara, dia bijak, lucu dan sangat menghiburkan. Jika diberi peluang, dia mampu membuat orang ketawa dan benar-benar menyerlah,” katanya.

Alif ditemui XTRA usai konsert suku akhir Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) di Studio ntv7, Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Di episod keenam CSOIAM itu, Alif menggalas tugas sebagai juri jemputan disamping Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan.

Dalam pada itu, Alif melihat kritikan yang dilemparkan terhadap kemampuan Naz dan Sissy sebagai satu cabaran yang wajar diterima dengan hati terbuka dan dijadikan motivasi untuk membuktikan kebolehan mereka.

Berkongsi pengalaman peribadi, Alif mendedahkan dia juga pernah menerima kecaman ketika pertama kali diberi peluang mengacarakan AJL.

“Semasa saya mula mengacara dahulu, ramai juga yang tidak berpuas hati. Itu adalah perkara biasa. Namun, ini adalah peluang untuk Sissy menerima cabaran ini dan menunjukkan kebolehannya.

“Sudah tiba masanya Sissy memberikan yang terbaik, dan saya yakin dia mampu melakukannya. Lebih-lebih lagi apabila dia digandingkan dengan seorang pengacara yang berpengalaman dan bijak seperti Nazrudin. Saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua,” katanya lagi.

Alif turut berharap agar pengacara di luar sana dapat memanfaatkan media sosial pada malam acara untuk membantu mereka menyesuaikan diri sepanjang mengendalikan pentas berprestij.

“Industri seni sekarang menarik kerana kita boleh mendapatkan maklum balas secara langsung. Dengan hanya membuka aplikasi seperti X, kita dapat membaca komen netizen dan menyesuaikan diri, seolah-olah menjadi sesumpah yang boleh berubah mengikut kritikan sepanjang acara berlangsung.

“Bagi saya, AJL adalah acara yang dinanti-nantikan penonton untuk dilaksanakan dengan cemerlang. Pengacara juga perlu memenuhi kriteria yang mampu membawa acara dengan suasana yang tenang dan eksklusif,” tambahnya.

Sebelum ini, pemilihan Sissy sebagai pengacara AJL39 bersama Naz menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jul 2025

Firdaus Ghufran Dakwa Diugut, Nekad Tuntut Keadilan Di Gelanggang Tinju – “Saya Dibuli 8 Orang Termasuk Seorang Pelakon”

Firdaus Ghufran dakwa dibuli dan diugut seorang pelakon yang merupakan rakan lama dari kecil

Trending Tue, 2 Mar 2021

Hampir 10 Tahun Berlakon, Saharul Ridzwan Keluarkan Duit RM250,000 Untuk…

Pelakon Saharul Ridzwan mengakui dia tidak boleh meletakkan sandaran hanya kepada bidang lakonan semata-mata. Dengan kehadiran bakat baru yang semakin membanjiri dunia hiburan, Saharul kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. “Sudah hampir 10 tahun saya berlakon. […]

Hiburan Tue, 15 May 2018

Event Emcee Asks Audience to Chant Sexist Remark at TWICE

The emcee has apologised but people are still unhappy about the incident.

Trending Tue, 10 Jul 2018

8 Amazing Records Which Tun Mahathir has Broken and Maintained

What a way to commemorate Tun on his birthday by remembering all the great things he’s achieved.

Featured Thu, 23 Mar 2023
Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Featured Fri, 7 Oct 2022
error: Content is protected !!