Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2025 @ 12:52pm

“Demi Allah Kami Tuntut Hak” – Komposer & Penerbit Nafi Ambil Kesempatan Pada 4U2C

Komposer dan pencipta  lagu-lagu 4U2C Man Senoi dan isterinya, Mama Rap menafikan mereka lantang bersuara isu  penganjuran Konsert 4U2C itu adalah disebabkan mahu mengambil kesempatan.

Memetik laporan Harian Metro, Man Senoi atau nama lengkapnya, Othman Masri, 72, berkata, mereka suami isteri cuma mahu menegakkan hak mereka sebagai pemegang dan pemilik lagu-lagu kumpulan itu.

“Dia sakit hati, dia aniaya kami selama 31 tahun. Takkan sekali ini saya berbunyi kau nak melenting, buat apa?

“”Demi Allah kami hanya tuntut hak. Jangan langgar undang-undang hakcipta.

“Perangai hipokrit mereka lebih tinggi dari manusia biasa. Mereka tahu salah mereka.

“Kami memang susah dan sampai sekarang pun susah. Banyak kos yang dikeluarkan untuk turun naik mahkamah. Tuhan saja yang tahu,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Cuba Main Api, Ini Bahaya” – Komposer & Penerbit Pertikai Penganjuran Konsert 4U2C

ARTIKEL BERKAITAN:“Perkara Itu Sudah Lama, Tidak Ada Kaitan Dengan Mereka” – AC Mizal

Tambahnya lagi, 4U2C tidak mengenang jasa mereka suami isteri dek kerana dia adalah insan yang menggilap bakat kumpulan itu sehinggalah dikenali ramai.

“Kalau kami nak duit, dah lama kami saman mereka. Lagu raya mereka ambil diam-diam dan ubah lirik, itu salah. Kena ada surat tapi mereka main langgar sahaja.

“Kami bukan nak menghalang mereka buat konsert. Kami bercakap benda yang benar. Hakcipta lagu-lagu ini memang kami punya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Man Senoi juga memaklumkan dia masih belum dihubungi oleh mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

Justeru, sebagai komposer dan penulis lirik,  Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP), akan mengendalikan urusan lesen bagi pihaknya.

“Saya tak tahulah kenapa mereka ini memang berani. Nak simpan dendam sedangkan itu hak kami.

“sekiranya penganjur nak melakukan rakaman konsert, mereka perlu mendapatkan lesen dari music publisher kami untuk segala urusan ‘Reproduction’ merekangkumi Reproduction Audio, Reproduction Mekanikal dan Reproduction Synchro.

“Urusan Master Recording adalah milik Zman Productions. Syarikat kami yang memilik hak IP Rakaman Master 4U2C. Zman Productions bukan ahli Public Performance Malaysia (PPM).

“Jadi segala urusan pemakaian master untuk playback atau minus one perlu mendapatkan kebenaran kami,”ujarnya.

Sumber/kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Hadiah Untuk Seorang Biduan…

Bantuan yang diberikan itu amat melegakan kami sekeluarga kerana perpindahan tersebut dapat mengurangkan banyak kos perbelanjaan sewa yang cukup tinggi untuk kediaman sebelum ini.

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Macam Budak Sekolah Menengah! Hael Husaini Dipuji Nampak Makin Muda

Makin tua makin nampak muda pulak dia! Kongsi la petua sikit, Hael😃😀

Featured Mon, 29 Apr 2024

“Tak Usah Ambil Tahu Pasal Rumah Tangga Orang Lain” – PU Riz

“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” – PU RIZ

Events Sun, 25 Dec 2022

Meriah! Konsert 7Belas 6ixth Sense Hiburkan 1,400 Peminat

Konsert 7Belas 6ixth Sense terbaik 😍

Trending Sat, 16 Mar 2019

Lepas 5 Hari Suntikan Botox, Wanita Maut

Seorang ejen hartanah yang berusia 32 tahun telah meninggal dunia pada 13 Mac lalu, ia beberapa hari setelah beliau mendapatkan suntikan botox di sebuah klinik estetik. Dikatakan bahawa wanita itu terkena serangan jantung dan sawan […]

Trending Wed, 25 Mar 2020

COVID-19: Angka Kematian Meningkat, Malaysia Catat 17 Kes Hari Ini

Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes kematian hari ini di Muar,Johor  sekali gus menjadikan jumlah kematian di negara ini menjadi 17 kes.  Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , kes terkini membabitkan kes […]

error: Content is protected !!