Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir April 24, 2022 @ 6:21pm

Buat Pembedahan Plastik Tukar Wajah, Penjenayah Takut Dijejaki Polis

Lapan wanita di Kelantan yang dikehendaki polis melarikan diri kerana takut ditangkap.

Mereka yang melarikan diri sejak 17 tahun yang lalu adalah antara yang terbabit dengan kes bunuh, samun dan curi.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, wanita-wanita yang dikehendaki polis ini mungkin masih berada di pedalaman Kelantan dan hidup berpindah-randah.

Katanya, mereka berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain disebabkan tidak mahu ditangkap oleh polis.

“Pihak kita tetap mencari mereka termasuk berhubung dengan polis luar Kelantan untuk menjejaki mereka bagi menyelesaikan kes yang tertangguh.

“Namun, ada dalam kalangan mereka ini mungkin sudah melarikan diri ke negara jiran, Thailand dan sudah bertukar identiti serta nama bagi mengelakkan ia dikesan pihak polis.

“Kemungkinan mereka yang melarikan diri ke negara jiran juga sudah berkahwin dengan warganegara sana dan takut untuk pulang ke Kelantan kerana bimbang ditahan polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat (IPK) Polis Kontinjen Kelantan.

Tambahnya, bagi mengelakkan identiti mereka dikesan, dipercayai ada dalam penjenayah ini menjalani pembedahan plastik untuk bertukar wajah.

Beliau berkata, jika ini benar sanggup tukar identiti dan wajah mereka untuk melarikan diri, agak sukar untuk pihak polis menjejakinya.

“Suspek wanita ini boleh bertukar wajah dan fizikal, lebih-lebih lagi yang melarikan diri sejak 2005 hingga menyebabkan sukar untuk pihak polis mengecam mereka. Berbanding suspek lelaki, walaupun mereka melarikan diri namun wajah dan fizikal tidak banyak berubah.

“Perkara ini memberi cabaran kepada pihak kita namun pihak polis tidak pernah berhenti untuk menjejaki mereka termasuk kerap pergi ke rumah keluarga, namun mereka tidak memberi kerjasama dan memaklumkan sudah tidak berhubung lama dengan wanita berkenaan.

“Kemungkinan pihak keluarga tahu lokasi suspek berada, namun mereka mahu melindungi suspek supaya tidak dapat ditangkap,” katanya.

Menurut Shafien, suspek wanita yang melarikan diri ini mereka tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan masing-masing mempunyai satu kes.

Manakala, berbeza dengan suspek lelaki, mereka kebanyakkannya mempunyai rekod kesalahan lampau

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 31 May 2025
Featured Wed, 13 Oct 2021

Terjejas Akibat Pandemik, Forum Perniagaan PKS BH Bantu Usahawan

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan sejak wabak Covid-19 melanda terutama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ketika negara kita telah memasuki fasa endemik, sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada para usahawan PKS. Terdapat hampir […]

Hiburan Fri, 17 Feb 2023
Featured Wed, 16 Oct 2024
Hiburan Sun, 26 Apr 2026

“Gaduh Kecil Adik & Abang” – Lerai Sengketa Dengan Ameng Spring, Liza Hanim Enggan Panjangkan Isu

Anggap isu seperti gaduh adik & abang, Liza Hanim lerai sengketa dengan Ameng Spring.

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Selamat Bernikah, Elisya Sandha Kini Bergelar Menantu Sheila Rusly

Pelakon Elisya Sandha selamat bernikah dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy sebentar tadi. Adik kepada aktres Fasha Sandha ini berkongsi foto hari bahagianya di laman Instagram. “Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukur Alhamdulillah,” […]

error: Content is protected !!