Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 31, 2025 @ 4:48pm

“Dia Seluk Dan Tarik Seluar Dalam Saya” – Fairuz Selamat Kongsi Momen ‘Lucu’ Bertemu Peminat

“Masa tu saya tak tahu dia perempuan atau lelaki tapi masukkan tangan dalam seluar dan mereka tarik”.

Demikian perkongsian penyanyi Fairuz Selamat ketika mengenang kembali momen-momen lucu dan yang tidak boleh dilupakan sepanjang bergelar anak seni.

Kata Fairuz ketika ditemu bual menerusi podcast Confession Bilik Gelap yang dihoskan oleh Sudyr Tahir, insiden memalukan itu berlaku ketika kumpulan Q-Face mengadakan persembahan di sebuah pusat membeli belas terkenal di Johor.

“Dia banyak pengalaman, tapi pada saya zaman itu adalah pengalaman yang paling tak boleh saya lupakan.

“Seluar dalam saya pernah kena tarik. Mereka seluk dan tarik seluar dalam saya.

“Masa tu saya ingat lagi dekat Skudai Parade. Saya rasa mall tu pun dah tutup,” katanya.

Bagaimanapun, Fairuz mendedahkan sehingga ke hari ini dia masih tidak tahu pelaku tersebut merupakan seorang lelaki atau wanita.

“Tapi masa tu saya tak tahu dia perempuan atau lelaki. Tapi masukkan tangan dalam seluar dan mereka tarik. Bayangkan.

“Selain itu, kami pun pernah kena baling dengan botol air,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jul 2019
Trending Mon, 26 Feb 2018

Impi Wajah Secantik Erra Fazira, Wanita Ini Menderita Kerana Suntikan Kolagen

Muka Firaun, ‘dagu cecah ke lutut’, ‘hantu dagu’, ‘dagu panjang’ ‘dagu terpisah muka’ dan ‘nenek sihir’, antara bentuk sindiran yang pernah dilemparkan kepada mereka sehinggakan berasa amat malu untuk berdepan dengan masyarakat.

Featured Fri, 29 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Terakhir Urus Jenazah Ayah Hingga Ke Liang Lahad – “Bimbing Saya Dari Atas Sana”

Sharnaaz kelihatan menguruskan jenazah bapanya dari awal proses sehinggalah ke liang lahad.

Hiburan Mon, 8 Sep 2025
Hiburan Mon, 7 Apr 2025

Tegur Fatima Jangan Makan Berbunyi, Netizen Puji Fazura Pandai Didik Anak

Fazura tegur Fatima jangan makan berbunyi, perlu beradab

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
error: Content is protected !!