Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 20, 2022 @ 4:32pm

“Adakah Ini Pengakhirannya?” – Tewas Di Sungai Buloh, Muat Naik Khairy Jamaluddin Undang Rasa Sebak

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh yang juga ahli Umno, Khairy Jamaluddin, meluahkan rasa sedih apabila tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semalam.

Menerusi hantaran di Instagram, Khairy menganggap kekalahannya dalam PRU15 bukanlah pengakhiran dunia politiknya.

“Salah satu perkara yang paling menyedihkan apabila ahli politik dinilai secara terbuka setiap lima tahun.

“Pilihan Raya adalah asas kepada mana-mana demokrasi tetapi juga petunjuk kepada ahli politik sama ada mereka cukup baik atau sebaliknya. Jika orang suka mereka atau tidak.

“Itu adalah peraturannya yang perlu diterima apabila orang berfikir anda tidak cukup baik untuk mereka,” katanya.

Bekas Menteri Kesihatan itu juga mengakui sudah melakukan dengan terbaik dalam PRU kali ini malah memberitahu sudah letih kerana tiada masa untuk berehat sejak dipertanggungjawabkan menjawat jawatan tersebut.

“Saya sudah mencuba yang terbaik tetapi tidak cukup baik. Kekalahan tetap kalah, tidak kira seberapa dekat anda datang atau berapa ramai orang nyatakan kekecewaan atas kehilangan anda.

“Adakah ini pengakhirannya? Saya pasti tidak namun mahu merenung perkara ini sebelum memikirkan apa yang akan lakukan seterusnya.

“Sebenarnya, saya letih. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat sejak saya diminta menguruskan wabak itu

“Dua tahun yang sukar untuk saya mengemudi negara keluar daripada Covid-19 tetapi ia adalah satu keistimewaan yang besar untuk berkhidmat pada masa yang kritikal.

“Saya gembira Malaysia sudah pulih lebih banyak daripada negara yang lain,” jelasnya.

Tambah Khairy, dia menganggap situasi terkini adalah perkara luar biasa kerana tiada gabungan yang berjaya memenangi jumlah majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Masih terdapat ketidaktentuan yang luar biasa di negara ini. Saya harap wakil rakyat yang terpilih bertindak dengan penuh hikmah dan belas kasihan.

“Negara memerlukan kestabilan dan kepimpinan lebih daripada sebelumnya. Saya doakan anda semua yang terbaik.

“Saya menantikan Piala Dunia di televisyen,” tutupnya.

Terdahulu, Khairy tewas kepada Datuk R. Ramanan yang meraih kemenangan sekali gus mempertahankan kerusi Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh.

R. Ramanan menang di kerusi itu dengan 50,943 undi, manakala Khairy (48,250 undi) menjadikan majoriti 2,693 undi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Jul 2021
Hiburan Wed, 26 Sep 2018
Featured Tue, 27 Jan 2026

Ibu Puteri Aishah Meninggal Dunia

Pelakon Puteri Aishah berkongsi semula hantaran rakan artis yang menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian ibu tercinta, Norita Sulaiman pada Selasa.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Cepat Penat, Mahu Sentiasa Baring, Azharina Dihantui Penyakit Misteri

Penyakit apa pulak tu😱😨 Semoga Azharina diberi kesembuhan segera Amin🤲🏻

Cahaya Mata Fri, 12 May 2023
Featured Thu, 21 Apr 2022
error: Content is protected !!