Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 29, 2019 @ 12:52pm

Joe Flizzow, Marini Kahwin Tahun Depan?

Jarang sekali kita mendengar kisah peribadi mengenai penyanyi hip hop ini. 

Mungkin berita ini memberi kejutan kepada peminat muzik hip hop tanah air apabila penyanyi, Joe Flizzow dilaporkan sudah bersiap sedia bergelar suami tidak lama lagi. 

Menurut ibunya, Aishah Ali, majlis pernikahan Joe bakal berlangsung pada awal tahun.

“Tiada sebarang tarikh yang ditetapkan, namun majlis perkahwinan Joe mungkin pada awal tahun.

“Dia sudah berjaya meraih pencapaian membanggakan termasuklah kejayaan dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara baru-baru ini.

“Secara peribadi, saya merasakan selepas kejayaannya itu, barulah dia mahu berkahwin,” katanya kepada salah sebuah portal berita tempatan.

Difahamkan, Joe memilih Marini Ramlan sebagai bakal isteri selepas beberapa tahun menyulam cinta. 

Bagi yang tidak mengenali teman wanita Joe ini, Marini merupakan Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital Primeworks Studios Sdn Bhd. 

Sementara itu, Joe juga mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai penyanyi tanah air pertama bernaung di bawah label rakaman baharu, Def Jam.

Tahniah Joe Flizzow dan Marini Ramlan! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 13 Jul 2019

大马女神林明祯与泰国鲜肉TUL组CP!朱咪咪自认NG王

《新年泰疯狂》齐聚马新港泰大咖云集!大马女神林明祯与泰国鲜肉TUL组CP,朱咪咪自认是NG王~

Hiburan Sat, 9 Nov 2024
Featured Fri, 13 Jan 2023

Hadir Dengan ‘Hukum’, Hariz Danial Mula Bina Nama Dalam Industri Muzik

Juara ‘I Can See Your Voice Malaysia’ musim ke-3, Hariz Danial tampil dengan single pertamanya berjudul Hukum hasil garapan komposer terkenal, Sirkhan Danial bersama Ibnu Rinkarnaen. Menurut Hariz, dia sangat bersyukur diberi peluang untuk mengeluarkan […]

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Lui Peng’s On My Mind MV was Filmed with Just 2 People and 1 Camera!

The quality of the music video is amazing and it’s hard to believe it was literally shot with just one camera and 2 people.

Hiburan Wed, 6 Mar 2024
error: Content is protected !!