Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 22, 2023 @ 3:30pm

Dilabel Penyanyi Berkumpulan Nombor Satu Negara… Ini Respons Dolla

Kumpulan pop sensasi, Dolla memberi respons apabila dilabel penyanyi berkumpulan nombor satu negara apabila kemunculan mereka dalam dunia seni boleh dianggap cukup selesa ketika ini.

Menurut Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya ini, mereka bersyukur apabila ada yang berpendapat sebegitu dan orang sudah mula kehadiran mereka di pentas seni tanah air.

“Kami tidak menganggap sebegitu sebenarnya, tetapi kami perlu tonjolkan bakat kami dan terus bekerja keras untuk pastikan semua nampak kehadiran kami dalam industri.

“Kami tidak pasti, mungkin di Malaysia kami adalah nombor satu, tetapi bagi kami ia cabaran untuk bekerja keras dan sentiasa beri terbaik untuk menjadi nombor satu.

“Sudah tentu kami bersyukur, sama juga seperti mereka yang melabelkan kami sebegitu. Pada masa sama kami tak mahu dibandingkan dengan yang lain.

“Tidak penting siapa nombor satu atau sebaliknya… yang paling penting kami sehabis baik berikan produk yang terbaik kepada peminat dan semua,” ujar mereka kepada pemberita.

Dolla ditemui XTRA pada majlis pelancaran album sulung New Classic di sebuah rumah agam di ibu kota semalam.

Dalam masa sama, Dolla juga mengakui berasa tertekan dengan jolokan tersebut sebaliknya tetap mahu menghasilkan karya-karya yang terbaik buat peminat muzik negara.

“Too big to carry, kami juga meletakkan tekanan kepada diri kami sendiri sebenarnya. Kami rasa kami beri tekanan pada diri masing-masing untuk jadi terbaik yang semampu kami buat.

“Apa yang paling penting adalah pemikiran kami adalah untuk tidak jatuh standard dan jadi yang terbaik.

“Tiada yang berubah, sejak kami keluarkan Dolla Make You Wanna kami stress untuk mencuba hasilkan dan jadi terbaik. Sekarang pun sama juga.

“Kami cuba untuk beri terbaik dalam setiap karya dari projek-projek sebelumnya. Dan sekarang kami mahu buktikan dengan munculnya New Classic. Apa seterusnya? Macam mana nak pastikan ia terus konsisten,” kata mereka.

New Classic memuatkan tujuh karya yang terdiri daripada lima lagu baharu dan dua lagu yang telahpun dilancara sebelum ini. New Classic menampilkan karya produser tempatan dan antarabangsa serta menggabungkan pelbagai genre.

New Classic kini boleh dimuat turun di semua pelantar muzik digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

JBL Concert Run「5主题元素关卡」胡鸿钧加入阵容

JBL Concert Run即将于2018年9月15日(星期六)晚上7时,于Sunway Lagoon Surf Beach开跑;胡鸿钧加入阵容演唱会阵容。

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Tahniah! Shila Amzah Menang Anugerah Di Zhengzhou

Menerusi perkongsian ibunya @mamazie68 di laman Instagram, Shila berjaya membawa pulang dua trofi untuk kategori Most popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste. Wow!

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

LOKALOKO 2026 Bakal Gegarkan Zepp KL Dengan Kolaborasi Malaysia-Indonesia Pada 24 Januari Ini!

LOKALOKO 2026 bakal membuka tirai pada 24 Januari 2026 di Zepp Kuala Lumpur, mempertemukan rentak muzik Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas yang unik

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

周杰伦花式调侃 《中国新歌声》开播前欢乐多

在《新歌声》当了三年的导师,周杰伦已经从那个原本有点害羞的大男孩,变成了会花式调侃的「皮皮伦」!今年录像还未开始,他就贡献了“奶茶”、“歌词”等多个话题梗,频频上了热搜,那么他在节目中表现到底有多皮呢?

Featured Wed, 25 May 2022

Suasana Upacara Pemakaman Tangmo Nida Pilu, Teman Lelaki Hadir Bawa Kucing Kesayangan

Selamat jalan, Tangmo… semoga keadilan terbukti untukmu 😭

error: Content is protected !!