Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 7, 2025 @ 12:33pm

Syukur Dijauhkan Dari Kawan Bermuka-muka, Luahan Nur Fazura Mengenai Makna Persahabatan Raih Tanda Tanya

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pandangannya mengenai makna sebenar persahabatan di Instagram Story (IGs).

Dalam perkongsian tersebut, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, meluahkan rasa syukur kerana telah diberikan petunjuk mengenai sikap sebenar orang sekelilingnya.

“What is a definition of a friend? Kawan tu bukan sekadar ada ketika kita sedang gembira, boleh beramai-ramai bergelak ketawa dalam keadaan penuh glamour, menyarung busana hebat dan di saat yang boleh mengenyangkan perut mereka.

“Tetapi, lihatlah definisi seorang ‘KAWAN’ hanya ada pada yang setia bersama mu waktu kau pula yang memerlukan mereka,yang tak gembira melihat kesedihan mu.

“Terima kasih ya Allah atas kurniaan tak ternilai satu-persatu yang telah kau kurniakan pada ku, kini tersuluh terang satu-persatu siapa mereka,” katanya.

Perkongsian ini dibuat ketika Fazura menyampaikan ucapan ulang tahun kepada seorang rakan, namun yang menarik perhatian adalah nada sindiran dalam ayatnya.

Lebih mencuri tumpuan, bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin ini turut menyamakan persahabatan dengan ibadah puasa.

“Persahabatan juga umpama berpuasa bagi ku, begitu sabar seharian berjuang kerana kebaikan sambil menahan nafsu, lapar dan dahaga, hanya menghancurkan nya dengan kepuasan yang bersifat sementara di tengahari,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Apr 2025

“Ini Datin Seri Bukan Mak Cik Ya”- Aliff Syukri Belanja Isteri Barang Kemas RM1.5 Juta

Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video pendek di akaun Instagram miliknya.

Featured Mon, 20 Mar 2023

Raffi Ahmad Kantoi Curang! Video Call Bekas Pekerja Dalam Bilik

Serius lah? Punya sayang mas Raffi sama mbak Nigita😱

Trending Mon, 26 Feb 2018

TWEET BERBAUR LUCAH, ALAHAI WANITA SEKARANG!

Ada yang ‘sama naik’ dan ada juga yang mengecam perbuatan wanita itu. Apapun, admin harap awak sebagai seorang wanita, jaga adab dan maruah ya dik!

Hiburan Wed, 15 May 2019

Dulu Playboy, Amir Hasan Mengaku Dah Insaf

Wow, betul power ni ada 13 bekas teman wanita.

Featured Thu, 10 Mar 2022

Sarat Hamil, Elfira Loy Buat Aksi Lompat Jauh Sambil Berkasut Tumit Tinggi Buat Ramai Risau!

Fuh, seriau Min tengok! Berani betul bekas atlet lompat jauh ni ya 🤯

Featured Wed, 10 Feb 2021
Featured Tue, 7 Jan 2025
error: Content is protected !!