Euforia Bola 2026
OMG By: SGMS Faida April 21, 2018 @ 5:05pm

Imam Dari Palestin Maut Ditembak

Hasrat seorang imam dari Palestin dan pensyarah universiti swasta keluar rumah untuk pergi menunaikan solat subuh di surau berhampiran ditemui mati di tepi jalan, berhadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Gombak pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun itu ditembak mati dipercayai dua lelaki yang datang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan pada badan mangsa.

“Polis turut menemui dua slug peluru dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mazlan, mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
LIFESTYLE Thu, 22 Nov 2018

Nah, 8 Makanan Ini Bakal Bantu Korang Hilangkan Period Pain!

Tadaaaa… mungkin inilah jawapan bagi period pain anda selama ni

Featured Fri, 7 Oct 2022
Featured Mon, 25 Jul 2022
Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Min setuju.. Risau tau keliling kita ada virus masih berlegar legar lagi

error: Content is protected !!