Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Salma Syahbuddin November 22, 2018 @ 5:47pm

Nah, 8 Makanan Ini Bakal Bantu Korang Hilangkan Period Pain!

Period Pain memang akan dihadapi oleh golongan wanita terutamanya pada awal mahupun akhir bulan kan? Bukan sahaja badan terasa sakit, lemah, cramp malah, ada sesetengah diantara kita terasa seperti mahu muntah bila menjelangnya hari datang bulan ini. Dan, banyak lagi lah perangai atau tabiat yang akan dialami oleh golongan wanita. Emosi tak stabil gitu!

Jadi, bagi sesiapa yang sering mengalami senggugut atau period pain ini, mungkin ini adalah cara terbaik yang korang boleh follow selepas ni. Manatau mujarab!

  1. Sayuran Berwarna Hijau

Sumber : Google

Ye, dengan makan sayur berwarna hijau gelap korang mampu menlawan sakit yang korang alami tu setiap bulan. Kenapa kena makan sayuran hijau? Sebabnya, ketika kehilangan banyak darah setiap bulan, maksudnya korang  juga akan kehilangan zat besidalam badan. Dan ini adalah punca kenapa setiap kali je period, badan korang akan terasa sakit dan lemah. Jadi, korang jangan malas makan sayuran hijau tau! bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi ianya boleh melawan period pain korang tu!

     2. Buah-Buahan seperti Pisang, Kiwi dan Nanas

Benda basic adalah dengan memakan buah-buahan okay! Nak cantik pun kena makan buah, nak lawan period pain pun kena makan buah tau! 

Makanlah buah seperti pisang, nanas dan kiwi. Kerana dengan memakan buah-buahan ini korang secara tak langsung akan menambah bilangan vitamin B6, dos Potassium , Bromelain dan enzim actinidin yang terdapat dalam buah kiwi. 

Pisang – boleh mengurangkan tanda-tanda perut kembung dan cramp

Nenas – boleh melawan inflamasi

Kiwi – Melawan cramp dengan berkesan dan membantu korang hadam protein dengan lebih mudah serta boleh melancarkan sembelit

    3. Oat

Sumber : Google

Haa, oat bukan sahaja dimakan bila korang dalam proses mahu menurunkan berat badan tau, tapi makanan ini juga sangat berkhasiat dan kaya dengan kandungan serat nya. Oat juga merupakan sumber yang paling bagus untuk zink dan magnesium.

Fungsi Magnesium ini adalah untuk me-relekskan saluran darah dan selia serotonin iaitu sejenis bahan kimia dalam otak yang boleh melawan kemurungan. Wow!

   4. Dark Chocolate

Sumber : Google

Coklatttttt!!!!!!! Semestinya korang happy je kan bila tengok coklat antara makanan yang boleh melawan senggugut atau period pain korang tu. Mungkin ada alasan nak skip makan list makanan di atas. Opps!

Sebenarnya dengan memakan dark chocolate ketika period ia sekaligus dapat membekalkan magnesium dan serat kedalam tubuh badan korang. Kerana dark chocolate mengandungi koko sebanyak 85 peratus.

   5. Peanut Butter

Sumber : Google

Mungkin ada diantara korang yang menjadikan peanut butter sebagai snack korang tetapi, tahukah korang sebenarnya, peanut butter ni baik untuk magnesium juga. Selain membantu mengawal selia serotonin (sama seperti memakan oat) peanut butter juga boleh mengelakkan korang dari berasa kembung. Yasss!

   6. Telur

Sumber : Google

Telur dadar satu! Eh, bukan yang itu ye. Yang tu kat kedai mamak atau bila korang nak makan dengan tom yam je. Hee.

Pengambilan telur dalam konteks melawan period pain atau senggugut, ini adalah dengan memakan telur separuh  masak kerana ianya mengandungi vitamin B6, D dan E yang melawan sakit senggugut atau period pain korang atau tanda-tanda cramp nak datang.

Telur ni sebenarnya kaya dengan protein tau!

   7. Air

Bila senggugut atau period pain datang menjelma, korang mesti akan rasa kembung perut kan? Sebenarnya dengan meminum air, ianyan akan memudahkan anda membuang air juga. Opss! Walupun sedikit payah sebab kena ulang-alik ke toilet, tapi dengan meminum air ianyan dapat melegakan cram tau! Bukan itu je, korang juga boleh minum teh chomomile. Tapi, makesure, korang minum air yang suam okay!

  8. Halia

Sumber : Google

Khasiatnya dalam membuang angin dalam badan tidak dapat disangkal lagi. Halia juga antara makanan yang boleh melawan sakit senggugut atau period pain korang ye. Halia sangat baik diambil untuk melegakan rasa loya dan sekaligus boleh mengurangkan kembung perut ketika period. 

So, ini lah dia antara makanan yang disyorkan untuk korang ambil ketika atau sebelum period pain menjelma. Kata kunci nya adalah , jangan malas!

Checked!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Apr 2025

Tanggung Kos Tiket 40 Jemaah Umrah Bernilai RM90,000, Aaron Aziz Nafi Ditipu -“Mereka Terdiri Daripada Golongan Berusia”

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mengaku menampung perbelanjaan tiket 40 jemaah umrah yang dianggarkan bernilai RM90,000.

Contest Fri, 12 Aug 2022

Rebut Gelaran ‘Terpaling Juara’, Penyanyi Otai Dan Bintang Baharu Bakal Bersaing Di Satu Pentas

Siapa bakal menjadi Terpaling Juara? Korang rasa penyanyi otai atau bintang baharu?

Featured Sat, 15 Jun 2024
Featured Wed, 2 Jun 2021

Pilih Nama Klasik, Ain Edruce Dedah Wajah & Nama Anak Perempuan

Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelawak Ain Edruce yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan pada 19 Mei lalu. Semalam, menerusi laman Youtubenya, Ain buat pertama kalinya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya […]

LIFESTYLE Mon, 12 Mar 2018

世界「最长人行吊桥」离地28层楼高

你有走过距离地面85公尺高的绳索吊桥吗?在瑞士贝林佐纳经营民宿同时也是旅游作家的Ricky苏瑞铭,日前在脸书《旅游超爽的!》社团中分享世界最长的人行吊桥-欧洲吊桥Europabrücke造访经验,将近有500公尺长且距离地面有85公尺!

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Panas! Akhirnya Fathia Latiff Berubah

Isu viral yang melibatkan beliau menjadi perhatian ramai menerusi Bigo Live, isu membuka hijab dan datang lambat ke lokasi penggambaran dijadikan satu rujukan agar dirinya itu tidak mengulangi kesilapan yang sama

error: Content is protected !!