Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 2, 2024 @ 1:46pm

Watak Penyondol Menjadi, Ryun Ryry Berjaya Buat Penonton Hati Tercarik Luka Menyirap! – “Rasa Nak Lunyai-Lunyaikan Je”

Pelakon Ryun Ryry berjaya membuat ramai menyirap selepas melihatnya menjayakan watak sebagai seorang penyondol menerusi drama TV3, Hati Tercarik Luka.

Lebih menarik lagi, drama arahan Emi Suffian itu mula mendapat sambutan hangat daripada penonton setianya meskipun baru enam episod telah ditayangkan.

Dalam drama tersebut, Ryun telah menjayakan watak sebagai Maya Maria yang menjalinkan hubungan sulit bersama majikannya, Dani Zairie lakonan Syarul Ezani.

Bagaimana pun, mereka telah merahsiakan hubungan terarang itu daripada pasangan hidup masing-masing iaitu Eyda Amanda (Zara Zya) isteri kepada Dani dan Mazli (Halim Radzi) suami Maya.

Baru-baru ini, Ryun tampil berkongsi sedutan episod di mana hubungan Maya bersama Dani mula dihidu dan diketahui oleh suaminya, Mazli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ʀ ʏ ᴜ ɴ ☁️ (@ryryinthesky)

Berdasarkan tinjauan XTRA, rata-rata warganet turut meluahkan rasa berang terhadap watak yang dibawakan oleh Ryun menerusi drama itu di ruangan komen perkongsian tersebut.

Namun, ada sesetengah netizen turut memuji kehandalan lakonannya menerusi drama tersebut.

Orang ramai boleh menonton drama Hati Tercarik Luka lakonan Ryun Ryry, Zara Zya, Syarul Ezani dan Halim Radzi menerusi slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Sufian Suhaimi Mengimbau Memori Manis

Tahun ini, saya tak lupa menyediakan persalinan untuk keluarga namun persiapan semuanya serba sederhana.

Trending Thu, 19 Sep 2019

Datuk 61 Tahun Kantoi Hantar Surat Cinta Pada Darjah 6

Tak tahu nak gelak ke nak menangis.. Ke tersalah hantar surat tu

Events Tue, 3 Apr 2018
Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Hiburan Wed, 18 Dec 2019

Sherry Ibrahim Simpan Hajat Kahwin Tahun Depan?

Didoakan semoga Sherry dapat jodoh cepat.

Hiburan Wed, 2 Apr 2025
error: Content is protected !!