Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain November 16, 2022 @ 4:27pm

“Pelakon Sexy Gebu Meroyan” – Adrea Abdul Dedah Pengalaman Ditegur Aktres Kekwat

Pelakon Adrea Abdul tampil mendedahkan pengalamannya yang pernah ditegur oleh seorang pelakon yang sombong dan kurang sopan ketika menjalani sebuah penggambaran drama.

Menerusi perkongsian di TikTok, Adrea telah memberi gambaran berkenaan aktres tersebut dengan perwatakkannya yang sexy, cantik, putih dan sering menjadi perhatian para lelaki suatu ketika dahulu.

Namun, sepanjang perkongsian tersebut pelakon itu tidak menyatakan sebarang nama demi menjaga aib aktres berkenaan.

“I think kejadian ni berlaku lebih kurang 17 tahun yang lalu, waktu tu saya shoot sebuah drama episode kat sebuah pulau sebagai pelakon pembantu.

“Karakter saya dalam tu macam very happening la. Then, adalah this one heroin ni dia lawa gila putih gebu and dia sangat cantik itu tak dinafikan.

“Pelakon itu selalu berlakon watak yang menggoda, tapi dia macam tak suka dengan watak yang saya bawakan. Tiba-tiba heroin ni sound saya kata saya kata berlakon tak bagus,” katanya.

@adreaabdul Pelakon sexy gebu meroyan sound adrea tak reti belakon! Part 1 #celotehadrea #gossip #pelakon #pengacara #selebriti #melayu #dramamelayu #flashback ♬ original sound – Adrea Abdul

Susulan perkongsian itu, Adrea juga mendedahkan sikap aktres terbabit yang seakan-akan cuba menggoda dan meraih perhatian dari pengarah drama tersebut.

“Dia pernah suruh semua pelakon boikot saya cakap saya ni plastik dan dia terus meroyan.

“Pastu ada satu hari tu saya tak shooting, saya buat craft dan lepak dengan director. Tiba-tiba heroin ni datang dan duduk atas riba director tu,” katanya.

@adreaabdul Pelakon sexy gebu duduk atas peha director! Apoooo? Part 2 #celotehadrea #gossip #pelakon #pengacara #selebriti #melayu #dramamelayu #flashback ♬ original sound – Adrea Abdul

Bukan itu sahaja, pelakon itu juga mendedahkan aktres tersebut turut berkelakuan kurang sopan dengan pasukan produksi sewaktu di pulau tersebut.

@adreaabdul Pelakon sexy gebu buat perangai mcm pornstar main games yg bukan2! Part 3 #celotehadrea #gossip #pelakon #pengacara #selebriti #melayu #dramamelayu #flashback ♬ original sound – Adrea Abdul

Walaubagaimanapun, Adrea menyatakan niatnya menceritakan perkara tersebut bukan kerana ingin mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya ingin menyedarkan masyarakat.

Malah, Adrea juga berharap agar semua pelakon yang baru menceburi industri lakonan tanah air menjaga maruah dan kelakuan sepanjang menempa nama dalam bidang tersebut.

“Flashback ni bukan kerana saya nak aibkan industri, tidak. Jangan kerana nila setitik rosak santan sebelanga kerana benda ni bukan sahaja berlaku dalam industri seni tapi dalam dunia korporat pun berlaku.

“Saya tak cakap saya sempurna. Tapi apa yang kita buat ni kena ada batasnya. Saya taknak bagitahu siapa yang buat tu sebab dia dah berubah dan jauh lebih elok daripada kita.

“Tapi bagi saya kita apa yang kita nak buat tu jangan laa sampai memalukan diri sendiri dan mengaibkan diri sendiri,” katanya.

@adreaabdul Please adrea harap budak2 baru dlm industry ni jgn buat perangai mcm ni & jgn fikir benda ni selalu jadi pulak #celotehadrea #gossip #pelakon #pengacara #selebriti #melayu #dramamelayu #flashback ♬ original sound – Adrea Abdul

Selain itu, perkongsian tersebut juga terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminatnya mengenai gerangan aktres yang diperkatakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Apr 2021

4 Artis Baru Tampil Dengan Lagu Kerohanian ‘Sedar Ku’

Menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, empat artis baharu naungan Indigital Music hadir dengan buah tangan terbaru khusus untuk semua pendengar berjudul Sedar Ku. Jika diamati bait lirik Sedar Ku, ia bukan sahaja memberikan […]

Featured Tue, 7 Nov 2023
Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

Hiburan Wed, 22 Jan 2025
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Ella, Kapten Azhar Dilantik Ikon Kemanusiaan, Bakal Terbang Ke Lubnan 26-30 April Ini

Layari laman web rasmi KKB iaitu www.kkb4u.org atau hubungi KKB di talian 03- 2181 7552 atau pengarah projek (Puan Hafiza 017-5759 783). Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan boleh salurkan sumbangan ke akaun seperti dinyatakan di dalam artikel. Jom sumbang sedikit untuk saudara kita di sana!

Featured Wed, 17 Aug 2022
Hiburan Fri, 3 Feb 2023
error: Content is protected !!